Kelayakan Piala Asia B-23 2018, Malaysia Diundi Bersama-Sama Thailand

Kelayakan untuk Piala Asia B-23 2018 telah pun menemui keputusannya, dan pasukan negara diundi dalam kumpulan yang menyaksikan 2 lagi negara dari Asia Tenggara turut serta di dalam kumpulan yang sama.

10 kumpulan yang disertai oleh 4 negara di dalamnya dengan 5 kumpulan untuk bahagian Asia Barat dan 5 lagi untuk Asia Timur.

Diundi bersama Thailand

Menurut sumber Arena Harimau Malaysia, pasukan negara diletakkan dalam kumpulan H yang merupakan kumpulan yang disertai oleh 2 lagi pasukan Asia Tenggara iaitu Thailand dan juga Indonesia.

Selain itu, satu lagi pasukan adalah pasukan Mongolia.

Namun bagi 3 pasukan Asia Tenggara iaitu Singapura, Brunei dan juga Myanmar, mereka diundi bersama-sama Australia di dalam kumpulan F.

Sementara bagi Laos, mereka mengharungi jalan sukar apabila diundi bersama-sama Taiwan, Hong Kong dan juga Korea Utara di dalam kumpulan G.

Vietnam dan Timor Leste pula akan berentap bersama-sama Korea Selatan dan Macau di kumpulan I.

Manakala Kemboja dan Filipina akan bersama-sama Jepun dan China di dalam kumpulan J.

Walaupun tidak sekumpulan dengan pasukan-pasukan utama Asia, Malaysia perlu mengambil serius dengan cabaran pasukan-pasukan seperti Indonesia dan jaguh Asia Tenggara iaitu Thailand.

Piala Asia B-23 akan dilangsungkan di China pada 2018. Dengan dua pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke pusingan akhir.

Pasukan negara akan bertemu pasukan Indonesia pada 19 Julai sebelum menentang Thailand pada 21 Julai.

Kesemua perlawanan ini akan dilangsungkan di Thailand dengan format round-robin satu pusingan.

Kemudiannya, pasukan negara akan bertemu Mongolia pada 23 Julai dalam perlawanan terakhir mereka.

Apa-apa pun, semoga berjaya buat skuad B-23 negara!

Berikut adalah senarai penuh undian sebentar tadi:

Kumpulan A:

  • Iran
  • Oman
  • Krygztan
  • Sri Lanka

Kumpulan B:

  • Iraq
  • Arab Saudi
  • Bahrain
  • Afganistan

Kumpulan C:

  • Qatar
  • Syria
  • India
  • Turkimenistan

Kumpulan D:

  • Emiriyah Arab Bersatu (UAE)
  • Uzbekistan
  • Lubnan
  • Nepal

Kumpulan E:

  • Jordan
  • Tajikistan
  • Palestin
  • Bangladesh

Kumpulan F:

  • Australia
  • Myanmar
  • Singapura
  • Brunei

Kumpulan G:

  • Korea Utara
  • Laos
  • Taiwan
  • Hong Kong

Kumpulan H:

  • Thailand
  • MALAYSIA
  • Indonesia
  • Mongolia

Kumpulan I:

  • Korea Selatan
  • Vietnam
  • Timor Leste
  • Macau

Kumpulan J:

  • Jepun
  • China
  • Kemboja
  • Filipina

Baca juga: 4 Pemain Dan 1 Persatuan Dikenakan Tindakan Atas Pelbagai Kesalahan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN