Kelayakan Euro: Wijnaldum Sumbat 2 Gol, Belanda Hampir Layak

Georginio Wijnaldum terus menunjukkan aksi cemerlang beliau bersama dengan Belanda.

Dalam aksi kelayakan Euro 2020, pada malam Ahad, Wijnaldum menjaringkan 2 gol untuk memastikan Belanda menang 2-1 ke atas Belarus di tempat lawan.

Wijnaldum membuka tirai jaringan untuk The Oranje pada minit ke-31.

Belanda menunjukkan aksi sangat dominan pada separuh masa pertama. Mereka berjaya menekan pihak lawan dengan baik.

Dan 9 minit kemudian, Wijnaldum menggandakan kelebihan untuk Belanda, menerusi satu jaringan luar kotak penalti yang sangat cantik.

Gini Wijnaldum kini sudah menjaringkan 15 gol untuk negaranya.

Pada separuh masa kedua, tempo permainan pasukan Belanda sedikit goyah. Dan mereka melepaskan 1 gol kepada lawan. Stanislav Drahun merapatkan jurang gol pada minit ke-53.

Dalam 15 minit pertama separuh masa kedua, Belarus memiliki beberapa peluang untuk menambah gol, namun tidak berjaya melakukannya.

Belanda kemudian berjaya mendapatkan semula penguasaan mereka.

Belanda memiliki banyak sekali peluang gol dalam perlawanan ini. Namun penyudah mereka tidak cukup tajam untuk menambah lebih banyak gol.

Belanda melakukan 21 percubaan ke arah gol dan 7 adalah tepat. Berbanding dengan 9 percubaan oleh Belarus dengan hanya 1 percubaan tepat – yang terus menjadi gol.

Perlawanan berakhir dengan kemenangan 1-2 memihak kepada Belanda. Dan pasukan Belanda kini semakin hampir untuk mara ke pusingan akhir Euro 2020.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram