Kelayakan EURO: Turki Kejutkan Perancis 2-0, Les Bleus Gagal Cetak ‘On Target’

Turki mengejutkan Perancis dalam perlawanan kelayakan Piala Eropah [Euro]. Juara Dunia Perancis menurunkan kesebelasan serba bintang mereka.

Kemenangan 2-0 Turki ini menyaksikan mereka memintas Perancis untuk berada di tangga teratas kumpulan H dengan 9 mata daripada 9 mata yang ditawarkan.

Perancis di tangga ke-2, berkongsi 6 mata dengan Iceland selepas 3 perlawanan.

Pasukan tuan rumah ternyata tampil dengan bola sepak yang kompetitif dalam perlawanan ini. Kaan Ayhan membuka tirai jaringan pada minit ke-30 menerusi tandukan cantik. pada minit ke-30.

Turki menambah 1 lagi gol sebelum rehat menerusi pemain yang sepanjang malam memberikan masalah kepada Perancis iaitu Cengiz Under.

Gol Cengiz Under berpunca daripada kesilapan Paul Pogba dan Moussa Sissoko yang terus dihukum oleh pasukan Turki.

Perancis sangat tumpul dalam perlawanan ini dan mereka tidak menghadirkan banyak ancaman. Mereka gagal mencatatkan sebarang percubaan tepat/on target dalam perlawanan ini – meskipun ada nama besar seperti Griezmann, Mbappe serta Giroud.

Kylian Mbappe antara pemain yang paling banyak hilang bola dalam perlawanan ini – 22 kali keseluruhannya beliau hilang bola.

Sebagai rekod ini, adalah pertama kali Les Bleus gagal mencatatkan sebarang percubaan tepat dalam tempoh 10 tahun. Turki memiliki beberapa peluang lagi untuk menambah gol, namun dinafikan oleh Lloris dan pertahanan Perancis.

Selepas tamat perlawanan, Didier Deschamps menyatakan beliau menyatakan: “Tiada apa pun yang positif daripada kami dalam perlawanan ini.”

Segalanya serba tidak menjadi untuk Perancis. Mereka seolah-olah terkejut dengan kualiti pasukan Turki dalam perlawanan ini.

Turki mengakhiri rekod 11 kemenangan berturut-turut Perancis dalam perlawanan kelayakan Euro.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram