Kelayakan Euro: Belgium Pasukan Pertama Mara

Iklan

Belgium menjadi pasukan pertama yang layak ke Euro 2020 selepas membelasah San Marino sembilan gol.

Romelu Lukaku mencetak dua gol untuk melebarkan rekod gol antarabangsa beliau kepada 51 gol.

Pasukan bimbingan Roberto Martinez itu kini menjadi pendahulu kumpulan I dengan kelebihan 11 mata di atas pasukan tangga ke-3, Cyprus, dengan baki 3 lagi perlawanan.

Belgium yang juga pasukan nombor 1 dunia ketika ini mencipta kemenangan ketujuh berturut-turut

Rusia hampir pasti mendapatkan satu lagi slot automatik, selaku pasukan di tangga kedua. Ini selepas pasukan tersebut cemerlang membelasah Scotland 4-0. Mereka 8 mata di atas Cyprus.

Belgium dibarisi oleh ramai bintang, merupakan salah sebuah pasukan pilihan dalam edisi yang lalu. Belgium sedang berusaha memenangi sesuatu dengan generasi emas pasukan mereka.

Ini selepas generasi emas tersebut gagal memenangi 2 kejohanan major mereka sebelum ini.

Belgium membuka tirai jaringan pada minit ke-28, apabila Youri Tielemans mengumpan bola cantik kepada Romelu Lukaku yang terus membawa aksi cemerlang beliau dari San Siro.

3 minit berselang, Nacer Chadli menambah satu lagi gol.

Manakala pemain pertahanan San Marino, Cristian Brolli menjaringkan gol sendiri, 10 minit sebelum wisel rehat.

Lukaku memastikan beliau meledak ‘double’ dalam perlawanan ini dengan gol pada minit ke-41.

Belgium menambah 2 lagi gol lewat separuh masa pertama, menerusi Toby Alderweireld (minit ke-43) dan Tielmans (45+1′) untuk memastikan mereka masuk ke bilik persalinan dengan kedudukan 6-0.

Pada separuh masa kedua, pemain gantian, Christian Benteke menjaringkan gol ketujuh pasukan Belgium, pada minit ke-79.

Pemain berusia 18 tahun Belgium, Yari Verschaeren, menjaringkan gol antarabangsa pertama beliau menerusi penalti.

Gol kesembilan oleh Belgium hadir menerusi pemain pertahanan Atalanta, Timothy Castagne pada minit ke-90.

Tamat perlawanan, Belgium 9 San Marino 0.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram