Kelayakan EURO 2020: Roberto Mancini Tidak Mahu Itali Ulangi Kesilapan Brazil

Pengendali Itali, Roberto Mancini menjadikan perlawanan diantara Brazil dengan Panama sebagai contoh kepada pemainnya agar tidak memandang remeh cabaran Liechtenstein.

Itali dengan Liechtenstein akan bertemu dalam perlawanan kelayakan Euro 2020 kumpulan J yang dijadualkan akan berlangsung esok pada jam 3.45 pagi waktu Malaysia.

Menurut Mancini, beliau tidak mahu Itali mengulangi kesilapan Brazil yang turun dengan bintang utama seperti Roberto Firmino, Philippe Coutinho dan Richarlison tetapi pasukan itu hanya sekadar mampu terikat 1-1 dengan Panama dalam perlawanan persahabatan dua hari lalu.

Beliau berharap para pemainnya tidak meremehkan pasukan lawan dan sentiasa tetap tampil agresif, mengunakan sepenuh tenaga untuk mencapai kemenangan serta mengembalikan semula kepercayaan para penyokong.

Jadikan Brazil contoh

Nasihat Mancini itu disampaikan melalui ketua pasukan, Giorgio Chiellini agar beliau dan para pemain tetap berwaspada dengan cabaran dari Liechtenstein.

Meskipun diatas kertas Itali jauh lebih unggul, tetapi skuad asuhan Helgi Kolviosson itu mampu melakukan ancaman besar buat pasukan yang tidak boleh diduga.

PARMA, ITALY – MARCH 25: Head coach Italy Roberto Mancini (R) and Leonardo Bonucci of Italy speak with the media during a press conference at Ennio Tardini on March 25, 2019 in Parma, Italy. (Photo by Claudio Villa/Getty Images)

“Bila kami tidak berwaspada sejak awal, ini boleh jadi berbahaya. Lihat perlawanan Brazil lawan Panama. Tidak ada perlawanan yang boleh dianggap mudah, dan semuanya seharusnya dilalui dengan kesungguhan,” kata Mancini dipetik menerusi Goal.

Sebuah pasukan seharusnya melakukan pendekatan terhadap semua perlawanan dengan cara yang sama – tidak mempedulikan siapapun lawan di hadapan kami,” sambung Mancini.

Kembalikan kepercayaan 

Mancini yang juga bekas pengurus Manchester City dan Inter Milan itu juga mahu para pemain mengembalikan semula maruah dan keyakinan para penyokong selepas negara itu gagal layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2018 di Russia.

“Kami berasa gembira kerana kami mahu memulihkan semangat itu. Kami hanya boleh melakukannya kerana kualiti yang dimiliki pasukan ini.”

FLORENCE, ITALY – MARCH 18: Italy coach Roberto Mancini (R) and Ciro Immobile (L) during the Italy Training Session at Centro Tecnico Federale di Coverciano on March 18, 2019 in Florence, Italy. (Photo by Marco Luzzani/Getty Images)

“Kami perlu bekerja keras untuk membangunkan pasukan dan menarik seberapa banyak orang yang boleh terikat kepada pasukan kebangsaan,” ujar Mancini.

Mancini berdepan misi penting membimbing Itali untuk layak ke saingan Euro 2020.

Beliau dilantik sebagai pengurus selepas menamatkan kontrak lumayan dengan kelab Russia, Zenit Saint Petersburg dan bersetuju menandatangani kontrak selama dua tahun pada Mei 2018 lalu.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram