Kelantan Mahu MFL & FAM Bantu Pasukan Sewaktu Wabak Covid-19 Melanda

Kelantan

Penularan wabak Covid-19 ini jelas memberikan impak yang cukup besar buat bola sepak dan pasukan di Malaysia tidak terkecuali dengan itu.

Justeru, pasukan Liga Premier iaitu Kelantan meminta pihak Malaysian Football League (MFL) dan juga Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk melaksanakan pakej rangsangan ekonomi seperti yang dibuat oleh kerajaan ketika ini.

Mememtik laporan Berita Harian, Setiausaha Agung KAFA, Husin Deraman mahu pasukan Liga Malaysia dibantu kerana sepanjang pertandingan tidak dilangsungkan, pasukan tidak dapat sumber kewangan terutamanya menerusi jualan tiket.

“Pasukan Kelantan memerlukan bantuan kerana kami tidak mendapat wang penyiaran yang penuh kerana dipotong untuk melunaskan hutang. Oleh itu, kami amat mengalukan kehadiran bantuan sebegini.”

“Kami tidak boleh harap kepada kutipan tiket perlawanan semata-mata.”

Husin berharap yang MFL dan MFL mampu mengeluarkan dana khas untuk membantu pasukan Liga Malaysia sementara menantikan wabak ini akan berakhir.

Hal ini kerana, Husin mengatakan pasukan seperti Kelantan amat memerlukan bantuan kerana mereka lazimnya menggunakan RM 500 hingga 600 ribu untuk operasi pasukan.

Malah, mereka juga telah melakukan potongan gaji untuk mengurangkan kos tersebut.

Pihaknya dijangka akan bertemu dengan badan induk serta pengelola liga untuk membincangkan potensi bantuan akan diberikan buat pasukan Liga Malaysia.

Baca juga artikel kami mengenai Kelantan:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram