Kelantan Fokus Mahu Jadi Juara Liga Premier

Misi pasukan Liga Premier, Kelantan musim tiada lain melainkan daripada untuk muncul juara saingan liga musim ini.

Menurut pemainnya, Shahrul Nizam Ros Hasni (gambar bawah) itu merupakan sasaran bagi pasukan Pantai Timur itu untuk kembali semula ke saingan Liga Super pada tahun 2020.

“Saya lebih suka fokus satu demi satu perkara. Untuk tahun ini saya mahu jadi juara Liga Premier Malaysia dan membawa pasukan ke pentas Liga Super. Selepas itu baru saya akan beri fokus kepada lain-lain perkara termasuk Piala Malaysia.”

Selain daripada pencapaian pasukan, Shahrul juga fokus untuk membantu meningkatkan dirinya sebagai pemain bola sepak itu sendiri.

“Saya sentiasa letak diri saya di bawah dan masih banyak yang perlu dipelajari. Saya tidak mahu mengatakan diri saya sudah bagus kerana takut ia akan menyebabkan saya malas untuk terus belajar dan perbaiki diri.”

“Saya suka bertanya jurulatih apa kelemahan saya dan akan sentiasa perbaiki. Saya mahu terus belajar kerana saya sudah tanam tekad dalam hati untuk menjadi pemain pertahanan terbaik. Saya mahu jadi seperti David Luiz dan lain-lain idola saya.”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram