Kelantan FA Terima Sijil Pelesenan Kelab FAM

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akhirnya boleh menarik nafas lega apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah meluluskan permohonan mereka untuk mendapatkan sijil pelesenan kelab sekaligus melayakkan mereka untuk bersaing dalam Liga Malaysia (Liga-M) 2020.

Setiausaha Agung KAFA, Husin Deraman dalam siaran media pasukannya berkata, kelulusan lesen itu akan melonjakkan lagi semangat pihak pengurusan pasukan untuk terus bekerja keras dalam mempersiapkan pasukan bagi mengharungi saingan Liga M musim ini.

“Walaupun diberikan kelulusan secara bersyarat, namun ia cukup menggembirakan kita.

“Alhamdulillah KAFA berjaya memenuhi lima daripada enam syarat perlesenan yang telah ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Konfedarasi Bola Sepak Asia (AFC),” katanya kepada Kelantan FA hari ini.

Menurut Husin, satu syarat yang masih belum dipenuhi adalah mengenai aspek kewangan memandangkan pihaknya masih berusaha untuk menyelesaikan isu tunggakan hutang terutamanya melibatkan gaji bekas pemain yang tidak dibayar oleh pengurusan terdahulu.

Namun demikian, KAFA telah memberi komitmen untuk menyelesaikan isu tersebut dengan mereka telah pun berjaya berunding dengan beberapa bekas pemain. Antaranya adalah dengan pelaksanaan bayaran secara ansuran dan ianya merupakan bukti bahawa persatuan itu berusaha sebaik mungkin untuk memenuhi kiteria tersebut.

“KAFA mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu kami dalam memenuhi aspek perlesenan bagi musim 2020,” ujarnya.-

Pada minggu lepas, sekreteriat FAM telah berkunung ke Wisma KAFA di Kota Bharu untuk membantu persatuan tersebut menyelesaikan isu lesen dengan memberi tunjuk ajar mengenai segala aspek berkaitan bagi memastikan pasukan tersebut dapat bersaing dalam saingan Liga-M 2020.

Dengan perolehan lesen berkenaan, KAFA selepas ini boleh secara mengikat kontrak secara rasmi semua barisan pemain dan jurulatih yang akan membawa cabaran pasukan Pantai Timur itu dalam misi memburu slot layak ke Liga Super pada musim depan.

Kredit Foto: Kelantan FA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram