Kelantan Berpotensi Tidak Dapat Beraksi Dalam Saingan Liga Malaysia

Kelantan

Pasukan Liga Premier, Kelantan kini mengalami potensi untuk disingkirkan dari saingan kedua tertinggi bola sepak negara itu seandainya mereka gagal menyelesaikan masalah kewangan terkini dihadapinya.

Menurut laporan The Star, kegagalan mereka dalam melunaskan gaji tertunggak bekas pemain mereka iaitu Casio de Jesus akan menyebabkan mereka tidak dapat untuk bersaing dalam aksi Liga Malaysia untuk musim 2021.

Hal ini kerana, mereka tidak akan diberikan lesen oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang perlu diperbaharui setiap tahun.

Lesen itu juga membolehkan pasukan untuk beraksi dalam saingan bola sepak Malaysia.

Menurut Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, beliau mengatakan isu melibatkan pasukan Pantai Timur tersebut adalah melibatkan mereka dengan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), maka FAM tidak boleh masuk campur dalam hal ini.

Sebaliknya, FAM hanya mengikut arahan FIFA dalam memastikan sebarang arahan dari badan induk bola sepak dunia itu dapat dilaksanakan.

“Sekiranya FIFA mengarahkan FAM untuk mengambil tindakan terhadap sesebuah pasukan yang telah melanggar peraturan FIFA, maka kami perlu melakukannya untuk peringkat domestik.”

Kelantan belum lagi membayar tunggakan gaji Casio sebanyak hampir RM 630 ribu dan mereka hanya ada sehingga akhir bulan Mei 2020 untuk melunaskannya atau menerima padah lebih teruk daripada FIFA.

Sebelum ini, Kelantan telah dikenakan larangan mendapatkan pemain baharu serta pemotongan mata.

Baca juga artikel kami mengenai Kelantan:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram