Kelantan Bakal Terima Tajaan Dua Syarikat Antarabangsa Jika…

Skuad The Red Warriors (TRW) yang kini sedang sibuk membuat persiapan untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan dikhabarkan bakal menerima tajaan baharu daripada syarikat antarabangsa.

Pengerusi Jawatankuasa Penajaan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Ahmad Muzakkir Hamid mendedahkan, dua syarikat antarabangsa tersebut masing-masing terlibat dalam industri minyak dan gas serta pengeluar minuman pada dasarnya bersetuju untuk menjadi rakan penaja pasukan pantai timur itu.

Namun demikian, terdapat perkara yang menghalang daripada kedua-dua syarikat berkenaan menaja TRW secara rasmi kerana pasukan itu belum memiliki lesen kebangsaan penuh oleh badan pelesenan kelab Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Kelantan hanya diberikan lesen kebangsaan bersyarat kerana beberapa jaminan yang diperlukan daripada pihak ketika untuk perkara yang tertunggak. Lesen itu berisiko untuk dibatalkan sekiranya ada beberapa perkara yang gagal dipenuhi.

“KAFA sedang berusaha untuk menyelesaikan beberapa perkara dan syarat yang ditetapkan oleh FAM bagi mendapatkan lesen penuh untuk pengurusan penajaan dua syarikat terbabit dilakukan,” katanya kepada Bernama.

Tambah Muzakkir lagi, pihaknya kini sedang menunggu keputusan badan pelesenan FAM bagi memastikan urusan berkaitan penajaan itu berjalan lancar kerana nilai tajaan daripada dua syarikat antarabangsa itu mencecah jutaan ringgit.

KAFA sebelum ini telah diingatkan oleh FAM untuk menyediakan Surat Akuan Berkanun pada 15 Disember 2019 bertujuan mengisytiharkan sebarang bentuk bayaran tertunggak (sekiranya ada) dan pelan untuk melunaskan hutang-hutang tersebut. Ia bagi memastikan tiada sebarang tunggakan dari 2019 yang akan dibawa ke musim 2020.

Menurut Muzakkir, keadaan ekonomi semasa pasukan itu sedikit merencatkan usaha KAFA untuk mendapatkan lebih banyak penaja untuk pasukan TRW.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN