Kelab Qatar, Al Gharafa Sahkan Perpindahan Wesley Sneijder

Kerjasama Semuanya BOLA

Wesley Sneijder

Bintang Belanda yang pernah beraksi bersama Real Madrid dan Inter Milan, Wesley Sneijder melengkapkan perpindahan ke kelab Qatar. Kelab Qatar tersebut ialah Al Gharafa.

Menurut laman Transfermarkt, Al Gharafa mendapatkan khidmat beliau secara percuma dari kelab liga Perancis, Nice. Al Gharafa kini menduduki tangga ke-6 Qatari Stars League.

Siapa Al Gharafa?

Pemain ini meraikan kejuaraan liga pada musim 2010-11. Sumber: Qatari Stars League.

Kelab ini pernah menjuarai Qatari Stars League sebanyak 7 kali. Kali terakhir mereka memenanginya pada musim 2010-11.

Selain itu, mereka pernah menjadi juara Emir of Qatar Cup sebanyak 7 kali. Mereka menjulangnya buat kali terakhir pada musim 2011-12.

Mereka pernah beraksi dalam saingan AFC Champions League. Perjalanan mereka paling jauh kali ini pada edisi 2010 di mana mereka mara ke suku akhir.

Pada edisi tersebut, mereka tewas kepada Al Hilal dari Arab Saudi menerusi agregat 5-4.

Kelab ini menggunakan Stadium Thani bin Jassim di Doha. Stadium ini pernah menjadi tuan rumah bagi perlawanan Piala Asia 2011.

Bakal rakan sepasukan

Penyokong Manchester City, anda kenal gerangan Vladimir Weiss? Sumber: Qatari Stars League.

Antara rakan sepasukan Wesley kelak ialah bekas pemain Manchester City, Vladimir Weiss. Pemain berasal dari Slovakia itu juga pernah beraksi bersama Bolton Wanderers.

Selain itu, penyerang kelahiran Indonesia, Andri Syahputra juga bakal menjadi rakan sepasukan Wesley Snidjer. Mungkinkah kedatangan Wesley Sneijder dapat menamatkan kemarau trofi buat Al Gharafa.

Mungkin menjadi pencabar bagi slot kejohanan kelab Asia. Maklumlah, sudah lama mereka menghilang daripada kejohanan Asian Champions League.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram