Kelab Ini ‘Tercengang’ Hanya 3% Penyokong Tuntut Semula Wang Pas Bermusim Mereka

Partick Thistle

Sebuah kelab di Scotland dilaporkan ‘tercengang’ dengan tindakan yang dilakukan oleh penyokong mereka.

Partick Thistle, kelab yang beraksi di Scottish League 1 telah menawarkan pulangan semula wang pas bermusim kepada penyokong mereka untuk musim ini.

Tawaran dibuat oleh Partick Thistle kerana mereka ingin menghargai sokongan penyokong mereka yang tetap mendapatkan pas bermusim walaupun tidak ke stadium.

Akan tetapi, apabila tawaran dilakukan hanya 3% daripada penyokong kelab yang mengambil semula wang mereka.

Ianya menjadikan hanya 38 orang daripada 1231 penyokong kelab yang membeli pas bermusim sahaja yang menerima tawaran tersebut.

Menurut laporan Glasgow Times, Partick yang begitu ‘tercengang’ dengan tindakan tersebut menzahirkan kenyataan yang mereka cukup berbangga dengan apa yang ditunjukkan oleh penyokong.

“Sokongan yang ditunjukkan penyokong tidak dapat dinafikan yang mereka adalah penyokong berkelas dunia apabila mendukung kelab ketika senang dan susah.”

“Kami sedar yang pada waktu sekarang ianya mencabar buat semua pihak dan kerana itulah kami menawarkan tawaran pulangan semula wang pas bermusim yang dibeli mereka pada awal musim.”

Di awal musim, Partick menawarkan kepada penyokong mereka pulangan wang pas bermusim bagi membantu penyokong yang mengalami kesukaran hidup akibat pandemik Covid-19.

Sebaliknya, servis pula bertukar tangan apabila 97% peratus penyokong tidak menuntut wang tersebut dan ianya memberikan suntikan dana sebanyak  £100 ribu kepada kelab untuk meneruskan operasi mereka.

Apa yang berlaku jelas sekali merupakan penamat indah buat Partick Thistle yang sebelum ini dirundung malang pada musim lalu apabila disingkirkan dari Scottish Championship ke Scottish League 1.

Mereka tersingkir ke liga bawahan hanya selepas 28 perlawanan dilangsungkan dan dihentikan kerana Covid-19 dan ianya membuatkan pengurusan kelab kecewa dengan badan liga iaitu SPFL.

Partick berjaya menebus kehampaan tersebut musim ini dengan menjuarai Scottish League 1, dan sebagai tanda dendam mereka tidak menjemput mana-mana wakil dari SPFL dan FA Scotland bersama-sama ketika majlis penyerahan trofi liga baru-baru ini.

Baca juga artikel bola sepak terkini kami:

Aguero & Wijnaldum Sudah, Kini Barcelona Tunggu Kata Putus Dari Memphis Depay

Baru 2 Hari Menang Ligue 1, Pengurus Lille Letak Jawatan

Aidil Zafuan Yakin Untuk Bergandingan Dengan Pengganti Shahrul Saad

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply