Kelab Gergasi UAE, Al-Ain Gagal Penuhi Kriteria Perlesenan AFC

Semalam jawatankuasa First Instance Body Liga UAE telah bersidang dalam mesyuarat mengenai perlesenan kelab untuk musim 2018 di Abu Dhabi.

Keputusan laporan akhir mendapati hanya 5 buah kelab daripada Liga Professional UAE telah memenuhi semua kriteria perlesenan AFC iaitu Al-Dhafra, Al-Nasr, Al-Wasl, Emirates dan Sharjah.

Jawatankuasa telah memutuskan 6 buah kelab gagal memenuhi kriteria perlesenan AFC adalah Al-Ain (kelab yang diwakili oleh bintang UAE, Omar Abdulrahman), Hatta, Kalba, Dibba, Shabab Al-Ahli dan Baniyas.

DUBAI, UNITED ARAB EMIRATES – MAY 23: Omar Abdulrahman of Al Ain in action during the Presidents Cup Quarter Final match between Al Ain and Al Nasr at Al Maktoum Stadium on May 23, 2015 in Dubai, United Arab Emirates. (Photo by Francois Nel/Getty Images)

2 buah kelab lagi, Al-Jazira dan Al-Wahda diberikan peluang untuk mendapatkan lesen provisional (sementara). Tetapi masih perlu memenuhi beberapa kriteria perlesenan yang ditetapkan.

Kelab yang gagal memenuhi kriteria perlesenan diberi peluang untuk mengemukakan rayuan 5 hari selepas keputusan First Instance Body diumumkan.

Kegagalan mendapatkan lesen ini akan menjejaskan peluang kelab yang menjadi juara liga untuk beraksi dalam saingan AFC Champions League 2018.

Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) telah menetapkan peraturan baru dimana semua pasukan wajib memenuhi kriteria perlesenan jika mahu beraksi dalam saingan AFC Champions Leagu dan juga AFC Cup mulai tahun 2018. Terdapat 6 kriteria perlesenan kelab yang perlu dipatuhi iaitu :

  • Kriteria kesukanan
  • Kriteria infrastruktur
  • Kriteria pentadbiran
  • Kriteria undang-undang
  • Kriteria kewangan
  • Kriteria perniagaan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram