Kelab EPL Yang Disokong Oleh Menteri Kabinet Baharu

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan barisan menteri kabinet baharunya pada petang 9 Mac 2020 di Pejabat Perdana Menteri.

Pengumuman senarai Jemaah Menteri bagi Kabinet baharu itu dibuat selepas lebih seminggu Muhyiddin memegang jawatan Perdana Menteri kelapan susulan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 24 Februari lalu.

Muhyiddin, 72 tahun, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah di Istana Negara, pada 1 Mac lepas.

Barisan kabinet Muhyiddin bukan sahaja banyak dibarisi oleh muka-muka baru – antaranya penyokong tegar Liverpool, Datuk Seri Dr. Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Jadi sebagai portal bola sepak, kami berminat untuk mengetahui kelab EPL manakah yang disokong oleh barisan menteri kabinet lain?

JawatanNama menteriKelab EPL Disokong
Menteri Kanan – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan IndustriDatuk Seri Mohamed Azmin Alin/a
Menteri Kanan – Menteri PertahananDatuk Seri Ismail Sabri YaakobChelsea
Menteri KewanganDatuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul AzizLiverpool
Menteri Kanan – Menteri Kerja RayaDatuk Seri Fadillah YusofLiverpool
Menteri Kanan – Menteri PendidikanDr Mohd Radzi Md Jidinn/a
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)Datuk Seri Mustapa Mohamedn/a
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas)Datuk Seri Mohd Redzuan Md YusofLiverpool
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang)Datuk Takiyuddin HassanLiverpool
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)Datuk Seri Dr. Hj Zulkifli Mohamad Al-BakriLiverpool
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkilin/a
Menteri PengangkutanDatuk Seri Ir. Dr. Wee Ka SiongManchester United
Menteri Alam SekitarDatuk Tuan Ibrahim Tuan Mann/a
Menteri Sumber ManusiaDatuk Seri Saravanan Murugann/a
Menteri Wilayah PersekutuanTan Sri Annuar MusaManchester United
Menteri Wanita dan KeluargaDatuk Seri Rina Mohd Harunn/a
Menteri Pengajian TinggiDatuk Dr Noraini Binti Ahmadn/a
Menteri Tenaga dan Sumber AsliDatuk Dr Shamsul Anuar Hj Nasarahn/a
Menteri Dalam NegeriDatuk Seri Hamzah Zainuddinn/a
Menteri KesihatanDatuk Seri Dr Adham Baban/a
Menteri Pertanian dan Industri MakananDatuk Seri Dr Ronald Kiandeen/a
Menteri Pembangunan Luar BandarDatuk Dr Abd Latiff Ahmadn/a
Menteri Luar NegeriDatuk Seri Hishammuddin Tun HusseinManchester United
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal PenggunaDatuk Alexander Nanta Linggin/a
Menteri Komunikasi dan MultimediaDatuk Seri Saifuddin Abdullahn/a
Menteri Perumahan dan Kerajaan TempatanYB Zuraida Kamaruddinn/a
Menteri Sains, Teknologi dan InovasiYB Khairy JamaluddinManchester United
Menteri Pembangunan Usahawan dan KoperasiDatuk Seri Dr Hj Wan Junaidi Tuanku Jaafarn/a
Menteri Perusahaan Perladangan dan KomoditiDatuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razalin/a
Menteri Pelancongan, Kesenian dan KebudayaanDatuk Seri Nancy Shukrin/a
Menteri Perpaduan NegaraDatuk Halimah Mohamed Sadiquen/a
Menteri Belia dan SukanDatuk Seri Reezal Merican Naina MericanTottenham Hotspur

Jadi seperti yang dapat kita lihat daripada 31 menteri kabinet dalam senarai di atas, hanya 11 daripada mereka pernah menujukkan minat mereka secara terbuka kepada bola sepak Inggeris. Selebihnya tidak menunjukkan minat mendalam terhadap Premier League.

Liverpool

Daripada 11 menteri tersebut, lima daripadanya merupakan penyokong Liverpool tegar.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz pernah menulis kolum teka skor perlawanan Premier League di The Star – dan beliau tidak menyembunyikan cintanya kepada Liverpool. Begitu juga dengan Datuk Seri Dr. Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri di media sosialnya.

Turut pernah menyatakan sokongan kepada Liverpool adalah Menteri Kanan merangkap Menteri Kerjaya Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof. Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof pula mengaku beliau sudah menyokong The Reds sejak berumur 14 tahun. Datuk Takiyuddin Hassan pula pernah memakai tali leher Liverpool dalam sidang parlimen.

Manchester United

Manchester United pula mempunyai empat penyokong dalam barisan kabinet iaitu Tan Sri Annuar Musa, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, YB Khairy Jamaluddin dan yang kami baru tahu – Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong.

Chelsea

Satu-satunya menteri kabinet yang menyatakan sokongan terbuka kepada Chelsea adalah – seperti yang semua orang tahu – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Tottenham Hotspur

Manakala Menteri Belia dan Sukan baru, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pula menyokong Tottenham Hotspur.

Arsenal

Jika anda merupakan penyokong Arsenal, jangan risau. Salah seorang rakan penyokong anda merupakan orang paling berkuasa dan dihormati di Malaysia iaitu Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah.

Pegawai Protokol baginda, Datuk Abdul Rahman Endut memberitahu The Star:

“Baginda Tuanku sokong Arsenal. Pemain kegemarannya adalah Thierry Henry dan Pat Jennings. Walaupun warna rasmi Arsenal adalah merah, baginda sebenarnya suka warna biru.”

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply