Kelab EPL Kekal Tutup Jendela Perpindahan Sebelum Permulaan Musim Dengan Majoriti Mudah

Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) kekal memilih untuk menutup jendela perpindahan sebelum permulaan kempen 2019/20 pada musim hadapan.

Sky Sports melaporkan 20 kelab telah diberikan peluang oleh Premier League untuk mengundi mengenai perkara itu.

Undian kelab EPL

Kali ini hanya 11 kelab memilih untuk peraturan tersebut dikekalkan – berbanding 14 kelab pada musim lalu.

9 lagi kelab mengundi agar jendela perpindahan musim panas dilakukan seperti kebiasaan seperti amalan sebelum ini iaitu sehingga 31 Ogos setiap musim.

Menurut Sky Sports lagi, antara perkara utama yang menjadi perbincangan dan isu kepada pemilihan peraturan tersebut dikekalkan ialah kerana kelab-kelab tersebut akan melalui empat perlawanan jika jendela perpindahan dibenarkan dibuka sehingga ke penghujung Ogos.

Rujukan kes

Majoriti kelab-kelab tersebut juga percaya bahawa jendela perpindahan tidak akan mempengaruhi prestasi pasukan di atas padang – dan merujuk kepada apa yang berlaku pada permulaan musim ini adalah disebabkan penglibatan pemain di Piala Dunia.

Kes seperti Alex Oxlade-Chamberlain turut dijadikan bahan rujukan – apabila pemain itu beraksi untuk Arsenal menentang Liverpool di Anfield pada Ogos 2017, sebelum pemain itu beraksi untuk Liverpool pada Disember tahun yang sama di Emirates.

(Photo by John Powell/Liverpool FC via Getty Images)

Peraturan sebelum ini hanya membenarkan kelan EPL menggubal sesuatu peraturan jika mendapat undian sekurang-kurangnya 14 buah kelab untuk dianggap majoriti.

Kali ini majoriti mudah sudah memadai untuk membenarkan sebarang perubahan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram