Kekayaan Terkumpul Cristiano Ronaldo Kini Melangkaui Nilai RM4.1 Billion

Cristiano Ronaldo sememangnya merupakan salah seorang pemain terbaik dunia di dalam bola sepak. Pencapaiannya luar biasa dengan pelbagai rekod dan anugerah, dan namanya pasti akan tercatat di dalam sejarah bola sepak untuk semua kejayaan luar biasa yang telah dicapainya.

Bakat luar biasa Ronaldo membawa beliau beraksi bersama Juventus, Real Madrid dan kini Manchester United – kelab yang telah melihat segala perkembangan dan mengesan potensi pemain ini dari awalnya.

Bayaran lumayan

Tatkala ramai pemain seusia beliau ramai sudah bersara atau cuba mendapatkan lesen kejurulatihan untuk meneruskaa karier, Ronaldo yang kini berusia 36 tahun kembali ke Old Trafford untuk kali kedua bersama The Red Devils dan dibayar Є561,000 seminggu.

Hakikatnya, Cristiano Ronaldo sudah menikmati pendapatan yang mewah sejak usia mudanya lagi daripada bola sepak. Perpindahan beliau ke Real Madrid sebelum ini menjadikan beliau penerima gaji tertinggi di Estadio Santiago Bernabeu.

Pada 2018 ketika menyertai Juventus, Ronaldo dilaporkan menerima pendapatan sebanyak Є30 juta setahun juta semusim. Ia dipercayai angka yang lebih rendah berbanding yang diterimanya di Madrid, tetapi masih cukup mewah.

Selain itu, Ronaldo juga merupakan ahli sukan yang memperolehi pendapatan tertinggi dari media sosial seperti Instagram.

Menjelang Oktober tahun ini, nilai kekayaan pemain itu secara terkumpul sudah dianggarkan bernilai Є432.7 juta. (Jumlah pendapatan dan nilai kekayaan adalah perkara berbeza).

Namun demikian pendapatan yang diperolehi oleh Ronaldo melalui keringatnya di atas padang itu hanya sebahagian dari jumlah keseluruhan yang menyumbang kepada kekayaan pemain itu

Laporan oleh Marca baru-baru ini mendedahkan nilai kekayaan pemain itu termasuk dari hasil perjanjian komersil, dan tajaan kini melangkaui jumlah Є1 billion (bersamaan RM4.15 billion).

Perkara ini bukanlah perkara yang menghairankan mengambil kira pelbagai jenis jenama antarabangsa berprofil tinggi yang diwakili oleh Ronaldo sepanjang kariernya.

Antara jenama-jenama terkenal yang diwakili oleh Ronaldo adalah seperti Herbalife, Armani, Clear Shampoo dan Unilever yang menjana pendapat sebanyak Є39 setahun.

Kontrak beliau bersama jenama sukan seperti Nike pula memberi pulangan sebanyak Є17 juta setahun. Begitu juga dengan bayaran mewah lain yang diterima pemain itu yang menjadi idola dan ikon bola sepak di seluruh dunia.

Perniagaan sendiri

Selain daripada hasil penajaan daripada pelbagai jenama antarabangsa, kejayaan Ronaldo di dalam bola sepak turut menjadikan beliau seorang usahawan sehingga berjaya membangunkan jenama beliau sendiri, dan terlibat dengan pelbagai jenis urusniaga.

Antaranya ialah di dalam bidang perhotelan dan fesyen. Di Sepanyol dan Portugal, antara perniagaan Ronaldo yang mendapat sambutan ialah rangkaian syarikat penyuburan rambut (hair transplant).

Klinik-klinik penyuburan rambut milik pemain itu sahaja telah meraih sekitar Є99.34 juta. Begitu juga dengan rangkaian pakaian dalam jenama CR7 yang terkenal di seluruh dunia.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN