Kejuaraan ePremier League Milik Wolves Selepas Tewaskan Liverpool

Wolverhampton Wanderers ePremier League

Penyerang Wolverhampton Wanderers, Diogo Jota menjuarai kejohanan jemputan ePremier League untuk kelabnya selepas menewaskan pertahanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold dalam perlawanan akhir dengan jaringan gol emas pada masa tambahan selepas terikat 1-1 pada masa sebenar perlawanan.

Beberapa pemain Liga Perdana Ingeris (EPL) telah mewakili pasukan masing-masing untuk menyertai kejohanan dalam bentuk maya ini bagi mengumpul dana untuk disumbangkan kepada Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) semasa krisis pandemik COVID-19 ini.

Dalam perlawanan yang menggunakan permainan FIFA 20 itu, Raul Jimenez menjaringkan gol kemenangan Wolves selepas Liverpool terlebih dahulu mendahului menerusi Georginio Wijnaldum pada separuh masa pertama sebelum Adama Traore menyamakan kedudukan sebelum tamat masa sebenar perlawanan.

Semasa peringkat separuh akhir, Alexander-Arnold menewaskan rakan sepasukan di England Raheem Sterling yang mewakili Manchester City menerusi jaringan gol emas Roberto Firmino pada masa tambahan.

Manakala dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, Jota pula menewaskan pemain Burnley, Dwight McNeil.

Hadiah pemenang ePremier League ini akan disumbangkan kepada kempen #PlayersTogether yang diusahakan oleh pemain EPL untuk mengumpul sumbangan buat NHS.

Bagaimanapun penyokong Liverpool tidak perlu hampa dengan kekalahan tersebut kerana dalam dunia realiti, The Reds masih selesa mendahului carta liga dengan kelebihan 25 mata di depan Manchester City, manakalah Wolves pula di tangga keenam sebelum semua aksi liga digantung.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Wolverhampton Wanderers:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply