4 Pasukan Kebangsaan Eropah Mungkin Dijemput Beraksi Di Copa America 2019

Kerjasama Semuanya BOLA

Saban tahun, kejohanan Copa America sering menjemput beberapa pasukan dari luar benua Amerika Selatan untuk beraksi sebagai pasukan jemputan.

Lazimnya pasukan dari brnua sebelah iaitu Amerika Selatan seperti Amerika Syarikat dan Mexico menjadi pasukan jemputan kepada kejohanan ini.

Namun bagi tuan rumah Copa America 2019 iaitu Brazil, mereka bercadang ingin menghadirkan lebih cabaran apabila ingin menjemput pasukan dari benua Eropah pula beraksi di kejohanan terulung Amerika Selatan itu.

Siapakan negara tersebut? Armenia? Luxemborg? Estonia atau Belarus?

Tidak sama sekali, mereka mahu mengajak 4 pasukan utama Eropah iaitu Sepanyol, Portugal, Perancis dan Belgium sebagai pasukan jemputan.

Jika jemputan ini diterima oleh 4 negara tersebut, maka format Copa America akan bertukar dari format lazim kejohanan 12 pasukan kepada kejohanan 16 pasukan.

Satu pertemuan telah diadakan bagi membincangkan perubahan format ini, dengan pihak CONMEBOL mahu menjadikan pasukan Mexico dan juga Amerika Syarikat sebagai pasukan tetap di dalam kejohanan ini.

Jadi, aksi Copa America 2019 akan menyaksikan penyertaan dari 10 negara Amerika Selatan, 2 pasukan dari Amerika Utara dan 4 pasukan jemputan dari Eropah.

Namun begitu, gergasi Asia iaitu Jepun turut menyatakan hasrat untuk beraksi di Copa America pada 2019.

Serentak

Lazimnya, kejohanan Copa America diadakan pada tahun-tahun ganjil.

Namun bermula pada edisi 2020, Copa America akan diadakan pada tahun yang sama kejohanan EURO diadakan.

Sekiranya ini terjadi, maka Copa America akan diadakan 2 tahun berturut-turut iaitu di Brazil pada 2019 dan 2020 di Amerika Syarikat.

EURO 2020 pula akan diadakan di pelbagai stadium di serata Eropah.

Baca juga: Half Space, Satu Ruang Yang Semakin Diberikan Perhatian Di EPL!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram