Kedutaan Indonesia Di Malaysia Beri Peringatan Kepada Penyokong Garuda

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Tidak kurang 85,000 penyokong bola sepak, termasuk 6,500 penyokong skuad Garuda dijangka membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil pada petang ini untuk menyaksikan pertemuan diantara Malaysia dan Indonesia.

Kedua-dua pasukan bertemu di perlawanan kelima saingan Kumpulan G pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada malam ini.

Sehubungan dengan itu, pihak Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur melalui satu hebahan memberikan peringatan kepada setiap penyokong Indonesia yang berkunjung ke negara ini untuk memberikan sokongan kepada pasukan mereka.

Setiap penyokong yang hadir diingatkan untuk sentiasa menjaga keamanan, ketertiban dan keselesaan suasana pertandingan, serta menghormati peraturan di Malaysia.

.

Himbauan kepada seluruh WNI yang akan menonton pertandingan di stadion Bukit Jalil, 19 November 2019

#KBRIKualaLumpur
#PeduliWNI
#IndonesianWay

Posted by Kedutaan Besar Republik Indonesia – Kuala Lumpur, Malaysia on Sunday, November 17, 2019

Kenyataan itu juga menuntut agar penyokong dari negara republik itu untuk menghargai semangat kesukanan, sentiasa bersikap ramah dan menghargai persahabatan agar perlawanan tersebut boleh berjalan dengan lancar sekaligus memperkuat persahabatan, persaudaraan sebagai bangsa serumpun.

Pertemuan pertama kedua-dua pasukan di Stadium Utama Gelora Bung Karno (SUGBK) pada 5 September lalu menyaksikan insiden kekecohan yang dicetuskan oleh penyokong tuan rumah.

Penyokong-penyokong Malaysia yang berkunjung ke SUGBK menjadi mangsa balingan objek keras, air kencing, dan pelbagai objek lain, sehingga ada yang melibatkan kecederaan.

Tidak cukup dengan itu, kekecohan turut berlaku di perkarangan SUGBK selepas tamat perlawanan apabila segelintir penyokong Indonesia bertempur dengan pihak berkuasa tempata,