Kedudukan Ole Kini Dalam Bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Dengan prestasi yang kurang baik menyelubungi Manchester United ketika ini, jawatan Ole Gunnar Solskjaer kini dikatakan dalam bahaya sekiranya prestasi pengurus itu berterusan tidak memberikan keputusan yang positif.

Menurut bekas pemain Liverpool, Robbie Fowler, keputusan aksi pusingan keempat FA Cup melibatkan Tranmere Rovers dan juga Manchester United mungkin boleh menjadi penentu kepada nasib jawatan beliau.

Menurut laman Goal, jika tewas maka keputusan kalah kepada Tranmere Rovers mampu memberikan nilai signifikan kepada pemecatan Solskjaer sebagai pengurus Manchester United.

“Tak dinafikan yang jawatan Solskjaer kini jadi taruhan dalam perlawanan menentang Tranmere Rovers.”

“Ianya merupakan satu perasaan yang janggal apabila seorang pengurus bercakap mengenai pengurus lain. Tetapi inilah realitinya apabila terdapat satu-satu detik yang akan menentukan sama ada kita dibuang kerja atau tidak.”

Pada hemat Fowler, sekiranya Manchester United gagal menewaskan Tranmere Rovers yang merupakan lawan yang lebih lemah, ianya patut menjadi penamat kepada karier pengurusan Solskjaer di Old Trafford.

“Jika beliau memperjudi kesebelasan utama yang diturunkan beliau, maka beliau memperjudikan kariernya sebagai pengurus Manchester United.”

Fowler kini merupakan pengurus di kelab Australia, Brisbane Roar.