Kedah Uji Kekuatan Dalam Saingan Piala Super Suramadu 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Juara Piala FA 2017, Kedah mengesahkan akan mengambil bahagian dalam kejohanan Piala Super Suramadu 2018 yang akan berlangsung di Stadium Gelora Bangkalan, Jawa Timur, Indonesia bermula 8 hingga 12 Januari depan.

Menurut sumber daripada laman facebook rasmi Madura United menyatakan pasukan Kedah sah akan beraksi dalam kejohanan sempena memperingati ulang tahun kedua Madura United FC pada 10 Januari 2018 ini yang turut bakal disertai oleh dua lagi kelab dari Indonesia iaitu Persebaya Surabaya dan Persela Lamongan FC.

Walaubagaimanapun, pihak penganjur masih menunggu pengesahan rasmi daripada pasukan Persebaya yang menantikan keputusan daripada jurulatihnya.

Objektif penganjuran kejohanan ini adalah untuk mengeratkan ikatan perhubungan terutama dalam bidang bola sepak antara Malaysia dan Indonesia.

Perlawanan serta pembabitan Kedah dalam Piala Super Suramadu ini adalah aksi perlawanan pra musim serta pemanas badan sebelum bermulanya Liga Super 2018.

Menerusi maklumat awal yang diberikan, pasukan Selangor dan PKNS FC juga dijemput untuk menyertai kejohanan ini tetapi pertukaran terpaksa dilakukan pada saat akhir.

Namun begitu, laman facebook rasmi PKNS FC menafikan mereka telah dijemput untuk menyertai kejohanan 4 penjuru itu.

MAKLUMAN——-Berdasarkan info di media sosial, dimaklumkan bahawa PKNS FC tidak pernah dihubungi bagi menyertai…

Posted by PKNS FC on Tuesday, December 19, 2017

Lokasi pertandingan di Stadium Gelora Bangkalan (SGB) ini juga dikatakan bakal mendapat liputan siaran secara langsung seluruh Indonesia melalui salah satu stesen televisyen nasional di republik itu.

SGB yang boleh menempatkan seramai 15,000 penonton itu terletak di daerah Bangkalan, Madura Jawa Timur Indonesia dan menjadi gelanggang buat Persepam Madura United, Perseba Bangkalan serta Madura United.

Jadual penuh kejohanan Piala Super Suramadu.

Skuad kendalian Ramon Marcote itu juga akan mengadakan perlawanan persahabatan bertemu PKNP FC di Mini Stadium UUM, Sintok Kedah pada 17 Januari serta menyertai Kejohanan Tiga Penjuru membabitkan Sabah, DPMM Brunei, Kedah di Kota Kinabalu dan Tawau bermula 19 hingga 21 Januari depan.

Selain pasukan Kedah, pendatang baharu Liga Super 2018, Negeri Sembilan turut akan menyertai satu lagi kejohanan empat penjuru di Indonesia pada 19 dan 21 Januari depan.

Kejohanan yang dinamakan sebagai Supercup Asia itu disertai oleh PSM Makassar, kelab dari Liga Australia, Adelaide United dan kelab dari Singapore, Home United.

*PASUKAN LIGA SUPER NEGERI SEMBILAN BERSETUJU MENERIMA UNDANGAN KE KEJOHANAN SUPER CUP ASIA 2018*Sebanyak empat…

Posted by Peminat Bolasepak Negeri Sembilan on Sunday, December 24, 2017