Kedah Tiada Masalah Tanpa Penggempur Utama Kpah Sherman

Kipre tchetche faizat ghazli syazwan zainon rabih ataya kedah 2021 kpah sherman

Kpah Sherman telah memainkan watak utama selaku penggempur Kedah Darul Aman FC (KDA FC) sejak permulaan musim dan telah meledak enam gol setakat ini.

Namun, berdepan KL City FC malam ini, Kedah akan turun tanpanya buat kali pertama. Adakah Kedah gusar? Tidak, kerana mereka masih miliki Kipre Tchetche yang boleh bertindak selaku penggempur utama berdepan pasukan di kedudukan ke-6 liga itu.

Pengendali, Aidil Sharin perlu memikirkan kombinasi yang boleh menjana serangan berkesan. Jika kekok kombinasi itu, ia akan menjejaskan setiap asakan yang cuba dilakukan. Formasi asas Kedah adalah 4-2-3-1 dengan Kpah Sherman di atas.

Tiga pemain di belakang Kpah Sherman itulah nadi dalam menjana asakan ke kubu lawan. Jika sebelum-sebelum ini gandingan Kipre Tchetche, Rabih Ataya dan Faizat Ghazli banyak digunakan, bagaimana pula selepas Kipre Tchetche ditolak ke depan?

Benar, dalam beberapa perlawanan, Aidil Sharin ada juga menerapkan formasi lain tetapi asasnya lebih kepada 4-2-3-1. Baddrol Bakhtiar dan Anumanthan Mohan akan menjadi double pivot dalam sistem ini dalam membantu benteng dan juga serangan.

Jika pengendali asal Singapura itu menggunakan single pivot, perubahan mungkin hanya melibatkan peranan antara Baddrol Bakhtiar dan Anumanthan Mohan.

Untuk posisi Kpah Sherman, mungkin ia bukan isu besar. Sebagaimana kenyataan Aidil Sharin kepada Berita Harian semalam, “Dari segi serangan, ia tidak begitu merisaukan kerana kita ada beberapa pemain gantian lain untuk mengisi kekosongan.”

“Dengan ketiadaan Kpah Sherman, kita masih ada Kipre Tchetche,” ujarnya lanjut mengenai pemain yang bakal menggalas tugasan sebagai penggempur utama.

Persoalannya kini, siapa yang bakal menjadi tiga serangkai di belakang Kipre Tchetche, jika Kedah menggunakan formasi sama tanpa membuat rombakan besar?

Gandingan terbaik mungkin adalah Syazwan Zainon, Rabih Ataya dan Faizat Ghazli. Untuk musim ini, Syazwan Zainon baru tampil dalam dua aksi pada awal Mac lalu. Selepas itu, kelibatnya tidak kelihatan, mungkin disebabkan kecederaan.

Dalam perkongsian terbaru, kelibatnya sudah ada bersama sesi latihan pasukan, menandakan beliau mungkin sudah boleh diturunkan. Dan sudah tentu, Fayadh Zulkifli ada untuk menjadi pemain gantian posisi itu atau ‘kad rahsia’ Aidil Sharin lagi.

Selain itu, Kedah juga memiliki Rozaimi Abdul Rahman yang boleh bertindak untuk membantu serangan. Sedikit mustahil untuk melihatnya dalam kesebelasan utama kerana dalam tujuh penampilannya, hanya sekali beliau berada dalam skuad utama.

KREDIT FEATURED IMAGE: KDA FC

Baca lagi artikel lain mengenai Kedah Darul Aman FC:

Aidil Sharin: Fayadh Zulkifli ‘Kad Rahsia’ Untuk Perangkap Perak

Anumanthan Mohan, Rabih Ataya Bakal ‘Suntik’ Perubahan Di Kedah

Aidil Sharin: Kedah Tidak Sepatutnya Kalah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN