Kedah Sudah Jumpa Pengganti Syafiq Ahmad

Pemain muda skuad bawah 21 Tahun Kedah, Hidhir Idris berjaya memikat ketua jurulatih skuad Kedah, Ramon Marcote yang berminat untuk menyerapkan pemain itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Kelibat pemain berusia 21 tahun itu dilihat sebagai bakal menggantikan Syafiq Ahmad yang berhijrah ke JDT apabila cemerlang pada aksi Pramusim 2018 bersama skuad Helang Merah di Kejohanan Piala Super Suramadu di Indonesia apabila menjaringkan dua gol pada dua perlawanan berturut-turut.

Menurut Pegawai Tadbir Pasukan Kedah Bawah 21 Tahun, Amirul Nidzam Mahadzir, Marcote telahpun menyuarakan hasratnya secara lisan untuk membawa Hidhir bersama pasukannya pada musim ini.

Beliau bercakap kepada Sinar Harian, perkara itu telah dimaklumkan kepada Pengurus Kedah Bawah 21 Tahun, Zambri Mat yang turut bersama pasukan di Surabaya untuk aksi pramusim skuad itu.

“Pengurusan Piala Presiden pasti akan memberikan laluan kepada Hidhir sekiranya Ketua Jurulatih Ramon Marcotte memerlukan khidmat beliau untuk bersama Pasukan Liga Super.

Dengan prestasi yang agak cemerlang bersama pasukan utama sepanjang kejohanan di Surabaya membantu jentera serangan skuad itu, beliau semakin yakin menunjukkan kemampuan yang sebenar,” katanya.

Aksi Hidhir Idris ketika menentang Persija Jakarta dalam kejohanan Piala Super Suramadu di Surabaya, Indonesia. FOTO: KFA

Amirul Nidzam turut menjelaskan matlamat pasukan pembangunan bolasepak Kedah adalah sentiasa menyedia dan melahirkan pemain untuk diserapkan kepada pasukan utama negeri.

Kelibat Hidhir menarik perhatian Marcote apabila berjaya membantu jentera serangan di dalam mengempur kubu lawan selain mampu menghidu peluang untuk menjaringkan gol.

Musim lalu, pemain tersebut antara tonggak pasukan Kedah Bawah 21 tahun yang berjaya mara ke separuh akhir Piala Presiden 2017.

Pada perlawanan yang disiarkan secara langsung menerusi laman Youtube Madura United TV, Persija Jakarta membuka jaringan pada minit ke-26 menerusi bekas pemain Melaka United, Simic.

Kedah meneruskan usaha memburu gol penyamaan dan pada minit ke- 38 pengadil melayangkan kad merah kepada pemain Persija kerana mengasari pemain muda Kedah Akmal Azmi.

Kelebihan itu dimanfaatkan Kedah sebaiknya dan pada minit ke-58 Hidhir menyamakan kedudukan selepas menyudahkan hantaran Pallares.

Pemain sayap itu turut menjaringkan gol ketika Kedah menentang Persela Isnin lalu dan mempamerkan persefahaman yang baik dengan Syazwan Zainon dan Baddrol Bakhtiar di bahagian tengah.

Kedah akan bertemu tuan rumah Madura United FC pada perlawanan terakhir hari ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN