Kedah Nafi Cuba Pancing Ayam Tambatan Terengganu FC, Kipre Tchetche

Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Mohd Asmirul Anuar Aris menafikan khabar angin mengenai pemain import Terengganu FC, Kipre Tchetche bakal menyertai skuad Helang Merah musim depan.

Menerusi laporan daripada Sinar Harian, Mohd Asmirul menjelaskan perkara tersebut tiada di dalam pengetahuannya kerana perbincangan mengenai pengambilan pemain import baharu hanya akan berlangsung tiga hari dari sekarang.

Rabu ini Ketua Jurulatih Baharu Kedah musim depan, Aidil Sharin Sahak akan berada di Alor Star untuk membentangkan cadangan pembentukan pasukan Liga Super Kedah 2019 kepada Ahli Majlis Eksekutif KFA.

Mohd Asmirul turut berkata, Aidil Sharin akan dibantu oleh penolongnya, Victor Andrag bagi memberikan senarai pemain tempatan dan import baharu untuk dibawa masuk menyertai skuad Kedah pada musim hadapan.

Menurutnya, pengurusan juga akan memberikan idea dan pandangan berdasarkan pengalaman bagi pembentukan pasukan utama itu namun akhirnya keputusan muktamad berada di tangan Aidil Sharin dan juga Victor.

“Kami akan adakan mesyuarat exco pada 7 November ini (Rabu) dan Aidil Sharin akan membentangkan semua persiapan pasukan Liga Super Kedah bagi musim 2019.

“Selepas itu cadangan beliau itu akan dibincangkan bersama semua exco KFA bagi memutuskan keputusan akhir,” katanya ketika dihubungi oleh Sukan Sinar.

Aidil Sharin
Aidil Sharin Sahak merupakan jurulatih yang berpengalaman dari Singapura. Foto: The Straits Times

Selain itu, Aidil dan Victor juga telah diberikan kuasa penuh menentukan pemain-pemain import yang diperlukan oleh mereka pada musim hadapan.

“Segala keputusan bergantung kepada Aidil dan juga Victor,” tegasnya.

Semalam, KFA mengumumkan bintang import mereka, Liridon Krasniqi tidak akan menyarung jersi Kedah FA dalam saingan Liga Malaysia pada musim hadapan, selepas persatuan itu mengesahkan tidak akan meyambung kontrak pemain tersebut.

Selain daripada Liridon, tiga lagi pemain import yang lain iaitu Sandro Mendonca, Alvaro Silva, Paolo Rangel dan Andik Vermansyah turut disahkan tiada di dalam perancangan Kedah musim depan.

Liridon dan Sandro ialah dua pemain import yang bersama Kedah sejak musim 2015 lagi. Kedua-duanya berjaya membantu pasukan dari utara tanah air itu menjuarai kejuaraan Liga Perdana pada 2015, dan muncul naib juara Piala Malaysia pada tahun yang sama.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN