Kedah Mula Terasa Bahang Gangguan Kewangan

Penularan wabak Covid-19 telah mula memberikan sedikit kesan kepada pasukan Kedah dari segi kewangan.

Dalam laporan Berita Harian, Setiausaha Kehormat mereka iaitu Asmirul Anuar Aris mengakui pihaknya kini mengalami kesukaran dalam bahagian kewangan akibat penurunan ekonomi yang memberi implikasi kepada penaja mereka.

“Disebabkan Covid-19 ini, kami sukar untuk mendapatkan penajaan yang dimahukan dari penaja kami. Kita juga tahu yang syarikat besar ini juga mengalami kerugian besar berbanding firma kecil dalam waktu macam ini.”

Asmirul tidak menolak kemungkinan untuk melakukan rundingan semula dengan pihak penaja untuk memastikan pasukan Kedah terus ‘bernafas’ sepanjang tempoh penangguhan liga ini.

“Kami kena bincang balik dengan penaja, harapnya boleh dapat sedikit kalau mereka tak boleh bagi banyak pada waktu ini.”

“Dalam masa yang sama, kami juga akan meminta bantuan dari kerajaan negeri untuk tolong kami.”

Malah Asmirul turut memberikan sedikit klu meminta bantuan dari mereka yang “bergaji besar” dalam Kedah untuk membantu mereka.

“Saya mungkin akan cakap dengan pengurusan pasukan, mana yang bergaji besar itu sumbangkan balik kepada pasukan.”

Baca juga artikel kami mengenai Kedah:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram