Kedah FA Turut Lepaskan Jonathan Bauman

Jonatan Bauman Kedah PKNS

Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) turut melepaskan penyerang import dari Argentina, Jonathan Bauman dalam rombakan persiapan untuk musim hadapan.

Perkara tersebut diumumkan oleh juara Piala FA itu melalui akaun media sosial, Facebook semalam.

Sebelum itu penyerang import dari Sepanyol, Fernando Rodriguez mengesahkan diri beliau akan meninggalkan pasukan itu selepas tamat saingan Liga Malaysia pada musim ini.

FERNANDO DAN BAUMAN DIRAIKAN DALAM MAJLIS MAKAN MALAM.

En. Anas Hafiz Mustaffa, Naib Presiden KFA 1 merangkap Ketua…

Posted by FA Kedah on Tuesday, November 5, 2019

Kedua-dua pemain diraikan dalam satu majlis makan malam perpisahan yang dianjurkan oleh KFA di Alor Setar pada malam tadi.

“Pengurusan pasukan memutuskan untuk tidak menawarkan kontrak baru buat dua pemain tersebut dan mengucapkan selamat maju jaya dalam kerjaya bolasepak mereka di masa hadapan,” ujar kenyataan dari KFA mengenai status Bauman dan Rodriguez.

Sebelum pulang, Fernando dan Bauman turut menerima sambutan oleh Ultras Kedah di perkarangan Menara Alor Setar sebagai tanda perpisahan dan penghargaan sumbangan mereka membantu Kedah mencipta episod kejayaan manis musim ini.

video farewell Nando Joni

?️ Every journey has an end. Good luck in your future undertaking FR9 and JB10!

BIAR JASA JADI KENANGAN!

Posted by FA Kedah on Tuesday, November 5, 2019

“Fernando akan bertolak pulang melalui penerbangan MAS Rabu 3:00 petang dari Alor Setar manakala Bauman pada hari Khamis ini,” sambung kenyataan tersebut.

Jonathan Bauman pernah menyarung jersi Persib Bandung di Liga 1 Indonesia sebelum menyertai Kedah pada musim ini.

Penyerang dari Argentina itu menjaringkan 16 gol dalam semua pertandingan buat skuad Lang Merah sepanjang musim ini.

Keputusan tidak menyambung kontrak Bauman dan Rodriguez bermakna Kedah kini hanya memiliki Edgar Bernhard, Shakir Hamzah dan Renan Alves sebagai pemain import.

Status ketiga-tiga pemain ini turut masih menjadi tanda tanya sama ada akan kekal atau tidak bersama pasukan dari utara tanah air itu pada musim hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN