Kedah FA Terpaksa Lepaskan Semula Jafri Firdaus Chew

Kerjasama Semuanya BOLA

Selain daripada pengumuman dua pemain baharu pada hari ini, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) turut mengumumkan status pemain penyerang Muhammad Jafri Firdaus Chew.

Bekas penyerang PKNS FC itu sebelum ini pernah diumumkan sebagai salah seorang pemain tempatan yang akan menguatkan skuad Lang Merah bagi saingan Liga Malaysia 2020.

Melalui satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini, Naib Presiden 1 KFA merangkap Ketua Unit Liga Super Kedah, Anas Hafiz bin Mustaffa berkata KFA terpaksa melupakan hasrat untuk menagih khidmat Jafri untuk musim akan datang atas faktor kecergasan.

KENYATAAN MEDIA KFA

PEMAIN BAHARU PASUKAN LIGA SUPER KEDAH DAN STATUS JAFRI CHEW ABDULLAH.

Pihak pengurusan tertinggi…

Posted by FA Kedah on Friday, December 13, 2019

“Saya juga mahu memaklumkan mengenai status terkini Muhammad Jafri bin Muhammad Firdaus Chew, pemain yang telah diumumkan sebelum ini antara pemain tempatan baharu KFA,” ujar beliau dalam kenyataan tersebut.

“Pasukan Liga Super Kedah terpaksa melupakan hasrat untuk mendapatkan khidmat beliau selepas beliau disahkan tidak cukup cergas untuk memenuhi syarat utama kontrak professional pemain bola sepak iaitu melepasi ujian kecergasan bersama pasukan yang bakal diwakili pemain itu sendiri.

Aksi Jafri ketika menentang Hanelang FC dalam perlawanan pusingan kedua Piala FA. FOTO: PKNs FC

“Keputusan ini bukanlah mudah buat KFA, namun keutamaan haruslah diberikan kepada persiapan sebuah pasukan yang mantap di dalam menongkah cabaran musim depan dengan bermulanya aksi sebenar seawal 21 Januari 2020 nanti iaitu di pusingan kelayakan Liga Juara-Juara AFC.

“Pihak pengurusan mengucapkan agar Muhammad Jafri segera pulih dari kecederaan dan dapat terus menyinar dalam arena bolasepak Malaysia.”

Pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 22 tahun itu sebelum ini  berada di dalam senarai awal skuad Bawah 22 Tahun negara bimbingan Datuk Ong Kim Swee bagi menghadapi Sukan SEA 2019 di Filipina.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram