Kedah Berdepan Penang Dalam ‘Derbi Utara’ Tanpa Kpah Sherman?

Kpah Sherman Kedah Penang 2021

Dalam perkongsian foto sesi latihan Kedah Darul Aman FC, kelibat penyerang sensasi mereka, Kpah Sherman tampaknya masih belum kelihatan berlatih di padang.

Menurut maklumat awal sebelum ini, Kedah memaklumkan menerusi laman Facebook mereka yang Kpah Sherman akan tiba lewat ekoran masalah penerbangan dari Liberia. Dengan aksi Liga Super yang bakal kembali minggu depan, apakah peluangnya?

Melihatkan situasi ini, Kpah Sherman kemungkinan besar boleh terlepas aksi pertama Kedah sebaik liga kembali bersambung sejurus rehat aksi antarabangsa tempohari. Dan ia adalah satu aksi penting iaitu menentang musuh mereka di Utara, Penang FC.

Menurut pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak yang tampil menjelaskan situasi penyerang utamanya itu, “Kpah Sherman masih belum pulang ke Alor Setar kerana terdapat sedikit masalah berkaitan isu penerbangan dari Liberia ke Kuala Lumpur.”

“Beliau akan menjalani tempoh kuarantin 14 hari seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia sejurus tiba di Kuala Lumpur nanti sebelum kembali ke Alor Setar.

“Keadaan tersebut sedikit sebanyak akan mengganggu perancangan pasukan untuk menghadapi saingan Liga Super yang dijadualkan bersambung pada 24 Julai ini kerana beliau merupakan pemain utama,” tambah Aidil Sharin lagi tentangnya.

Mungkin sedikit melegakan Aidil Sharin adalah kelibat seorang lagi penyerang, Kipre Tchetche sudah berada bersama pasukan. Kpah Sherman pulang ke Liberia apabila mendapat panggilan untuk bersama skuad kebangsaan dalam dua aksi persahabatan.

Kipre Tchetche pula kekal berada di Alor Setar dan ini memudahkan untuk Aidil Sharin dalam merencana taktikal untuk aksi liga yang bakal kembali berlangsung nanti.

Penang FC dilihat rancak mengadakan aksi persahabatan apabila telah melalui lima aksi pemanas badan sementara Kedah pula masih berkira-kira untuk mencari lawan akibat kekangan pergerakan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kedah.

Begitupun, Kedah sempat melalui dua aksi persahabatan menentang PDRM FC dan merekodkan kemenangan dalam dua aksi tersebut. Kedah menurunkan dua skuad berbeza berdepan The Cops dan mencatatkan keputusan yang sama iaitu 2-1.

Berdasarkan kedua-dua aksi itu, kemungkinan besar, jika Kpah Sherman tidak dapat diturunkan, Kipre Tchetche akan ditugaskan untuk menjadi penggempur utama dengan perubahan wajah dapat dilihat di jentera tengah dengan ketiadaan Baddrol Bakhtiar.

Kapten Kedah itu kembali ditugaskan di sayap kanan dan posisinya sepanjang aksi liga sebelum ini mungkin bakal diberikan kepada pemain baharu, Asnan Ahmad.

Dalam pusingan pertama antara Kedah dan Penang FC yang berlangsung di Stadium Bandaraya pada 12 Mac yang lalu, Kpah Sherman muncul wira buat skuad Hijau Kuning apabila meledak gol penyamaan, empat minit menuju ke wisel penamat.

Tanpanya, bagaimana perancangan Kedah dan Aidil Sharin dalam usaha mereka untuk menjarakkan diri lebih jauh daripada Penang FC? Kedah berada empat mata di depan Harimau Kumbang di kedudukan ke-3 liga dan jelas amat memerlukan tiga mata.

Berdasarkan maklumat terkini, Kpah Sherman seharusnya telah tiba di Alor Setar ketika ini dan tentunya Aidil Sharin tidak sabar untuk melihat kelibatnya di padang.

Baca lagi artikel lain mengenai Kedah Darul Aman dan bola sepak Malaysia:

Apakah Percaturan Kemasukkan ‘Cikgu’ Asnan Ahmad Ke Skuad Kedah?

Penang FC Uji Formasi Taktikal Baharu Untuk Pusingan Kedua Liga Super?

Tiada Saingan Piala AFC Buat Kedah & Terengganu Musim Ini

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN