Peminat Bola Sepak Kecoh Selepas Lihat N’Golo Kante Lebih Lambat ‘Track Back’ Dari Pengadil

Apa yang sudah terjadi kepada N’Golo Kante?

Musim lalu, beliau diangkat sebagai wira oleh peminat Leicester City ketika mereka menjadi juara liga.

Namun pada musim ini Kante telah berpindah ke Chelsea dengan nilai perpindahan £30 juta.

Tetapi pada musim ini, Kante seakan tidak mampu mengulangi prestasi cemerlang beliau pada musim lalu.

kante-1

Lebih lambat daripada pengadil

Ketika perlawanan menentang Arsenal di Emirates tempoh hari, terdapat satu insiden yang boleh dikatakan sebagai kesimpulan kepada aksi Kante sejak akhir-akhir ini.

Sebelum mereka bolos gol ketiga mereka, Kante berada di zon Arsenal untuk membantu bahagian serangan.

Namun sebaik sahaja Mesut Ozil mendapatkan bola, beliau terus melakukan turn di hadapan Kante untuk melakukan serangan balas.

Pengadil perlawanan iaitu Micheal Oliver juga turut berada berdekatan dengan dua pemain tersebut.

Sebaik saja Ozil menuju ke kotak penalti Chelsea, Kante dan Oliver juga mula berlari ke kawasan Chelsea untuk melakukan track back .

Namun apa yang dapat dilihat, larian Oliver lebih laju berbanding Kante.

Kante yang sepatutnya perlu kembali ke kawasan Chelsea secepat mungkin untuk membantu pertahanan, didapati hanya berjoging selepas Ozil melepasi beliau.

Ozil kemudiannya melakukan hantaran kepada Alexis Sanchez dan membuka ruang di sebelah kiri.

Ketika Sanchez sedang menghantar bola kepada Mesut Ozil, Oliver sudah pun memotong Kante untuk tiba di kotak penalti Chelsea.

Apabila Oliver sudah berada di dalam kotak penalti Chelsea, Kante baru saja masuk ke dalam kotak penalti untuk melihat sama ada percubaan Ozil itu menerjah jaring atau tidak.

0x0o7k2-775q0ifdrmivpbubdol6vdx2ap5xc02wmxa

Terlalu awal untuk menghukum

Insiden melibatkan Kante dan Oliver ini mendapat tumpuan meluas seluruh peminat bola sepak.

Di laman forum Reddit, pelbagai pendapat diberikan mengenai insiden terbabit.

Peminat yang menggunakan nama “wargod_war” menolak insiden Kante dengan Oliver itu merupakan kesimpulan kepada aksi beliau musim ini.

“Ia tidaklah seperti yang disangka. Ia cumalah satu babak dari keseluruhan perlawanan.”

“Dia tidak memberi 100% daripada kebolehannya, jadi janganlah melatah.”

“Cuba tengok perlawanan lain, semua memberi jeritan dan pujian betapa besarnya pengaruh beliau di dalam perlawanan.”

kante

Terdapat juga peminat yang hairan dengan tindakan penyokong yang cepat melatah.

Peminat yang dikenali sebagai “BeforeStupidWinds” ini pelik mengapa peminat perlu melata melihat situasi tidak menentu pasukan seperti Manchester United dan Chelsea.

“Mengapa semua orang melatah? Mula-mula ketika masalah prestasi Manchester United dengan Jose Mourinho. Kini mereka melatah dengan prestasi Chelsea dan mahu Antonio Conte dipecat.”

Beliau juga menegaskan Chelsea masih lagi dalam proses penyesuaian diri dengan taktikal Conte.

“Mereka perlu tenang dan sedar yang Chelsea masih lagi dalam tempoh penyesuaian.”

“Kita semua sudah lihat musim lalu terlalu banyak harapan yang diberikan namun harapan itu cuma tinggal harapan sahaja.”

kante2

Chelsea kini di tangga ke-8 Premier League dengan 10 mata.

Mereka tewas dua perlawanan terakhir liga ketika menentang Liverpool dan Arsenal.

Baca juga: Conte Rangka Pelan Latihan Khas Untuk Hazard, Hasilnya Hazard Sukar Dibuli Pertahanan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN