Kecewa Ronaldo Enggan Hadir, Ramos Tetap Bangga Pencapaian Modric Dan Navas

Cristiano Ronaldo tidak menghadiri majlis gala penyampaian anugerah individu dan majlis cabutan undi peringkat kumpulan UEFA Champions League yang diadakan di Monaco pada awal pagi tadi.

Ketiadaan Ronaldo dikatakan didorong oleh anugerah Pemain Terbaik Tahunan UEFA yang bukan diberikan kepada bekas penyerang Real Madrid tersebut.

Sebaliknya, pemain tengah Real Madrid, Luka Modric dinamakan sebagai Pemain Terbaik Tahunan UEFA dalam majlis tersebut.

Ketiadaan Ronaldo di majlis penyampaian anugerah UEFA tersebut turut mengejutkan bekas rakan sepasukan beliau di Real Madrid, termasuk Sergio Ramos.

Dalam majlis yang sama, Ronaldo yang merupakan penjaring terbanyak UEFA Champions League turut dinamakan sebagai penyerang terbaik UEFA.

Real Madrid menyapu bersih semua kategori apabila Keylor Navas dan Sergio Ramos turut memenangi kategori masing-masing.

(Photo by Harold Cunningham – UEFA/UEFA via Getty Images)

Ronaldo dikatakan tidak gembira kerana tidak dinamakan sebagai pemenang keseluruhan, tatkala ejen beliau, Jorge Mendes membuat kenyataan bahawa ia adalah perkara memalukan apabila 60 jurulatih dan 55 wartawan terpilih tidak memberikan undian kepada pemain itu.

Walaupun Ramos mengharapkan Ronaldo hadir ke majlis tersebut, beliau juga menyedari sikap yang amat sinonim dengan bekas rakan sepasukannya itu.

“Kami mengetahui beliau tidak akan hadir ketika tiba di lokasi majlis, dan ia agak mengejutkan,” ujar pemain tengah tersebut.

“Tetapi Ronaldo boleh lakukan apa sahaja yang beliau mahu lakukan,” tambah Ramos lagi, merujuk kepada pilihan penyerang Juventus itu yang enggan hadir.

(Photo by BENJAMIN CREMEL / AFP) (Photo credit should read BENJAMIN CREMEL/AFP/Getty Images)

Sebaliknya Ramos memuji rakan sepasukan yang turut memenangi anugerah masing-masing termasuk Modric.

“Sebagai kapten, ia adalah satu penghormatan untuk mengetuai satu kumpulan pemain yang memiliki latar belakang yang berlainan.”

“Selain daripada bergelar rakan sepasukan, ia adalah penting untuk tampil sebagai satu keluarga. Kami sentiasa menekankan perkara tersebut, dan ia adalah kunci kepada kejayaan selama ini.”

“Sudah tentu saya mengharapkan ia akan berkekalan, kerana pasukan ini memiliki ramai pemain bertaraf legenda yang mampu terus melakar kejayaan untuk tahun-tahun mendatang,” jelas Ramos lebih lebar.

Walaupun kecewa dengan tindakan Ronaldo yang gagal menghadirkan diri, Ramos juga mempunyai saat-saat janggal ketika majlis anugerah tersebut berlangsung.

Selepas turun dari pentas untuk menerima anugerah pemain pertahanan terbaik UEFA, Ramos dilihat mengusap bahu kiri Mohamed Salah.

Perbuatan Ramos seperti mengingatkan kembali insiden kecederaan yang menimpa penyerang Liverpool itu di perlawanan akhir UEFA Champions League pada musim lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN