Kecewa Hampa Kerana Tersingkir, Ronaldo Lempar Lilitan Lengan Kapten

Cristiano Ronaldo

Pemain Portugal, Cristiano Ronaldo jelas sekali tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewannya apabila gagal membawa negaranya ke saingan suku akhir Euro 2020.

Bintang Juventus itu nyata patah hati selepas pasukannya tumbang 1-0 di tangan Belgium dalam aksi yang diadakan di Sepanyol.

Gol tunggal dari Thorgan Hazard sudah cukup untuk menghantar pulang juara bertahan itu pulang.

Selepas perlawanan, Ronaldo dilihat membaling lilitan lengan ketua pasukan beliau sewaktu masih lagi di atas padang menunjukkan betapa kecewannya dirinya kerana tewas.

Dalam tinjauan yang dibuat di laman Twitter ESPN yang menyiarkan video tersebut, reaksi daripada warganet susulan tindakan Ronaldo itu mengundang kritikan.

Menurut pemilik Twitter @NOther_CarGuy, tindakan Ronaldo itu layak dikecam kerana tiada yang lebih besar berbanding penghormatan menjadi ketua pasukan kebangsaan.

“Perbuatan yang penuh penghinaan. Tiada pemain yang boleh terlepas daripada ini [dikritik], saya tak kira betapa bagusnya dia, tiada yang lebih besar [dalam bola sepak] daripada menjadi kapten negara sendiri.”

Bagi @super_Steve10, tindakan itu tidak mengejutkan beliau.

“Tiada yang baharu, beliau selalu berbuat demikian. Membaling lilitan lengan, membaling jersi. Satu penghinaan buat kelab dan negara.”

Dalam masa yang sama, ada juga yang mempertahankan Ronaldo dengan mengatakan ianya adalah tindakan akibat kecewa.

“Beliau tidak membalingnya, beliau cuma melemparkannya ke tanah dan mengambil semula sambil berjalan dengan kecewa. Impiannya telah hancur, berilah sedikit ruang.”

Aksi menentang Belgium ini dilihat bakal menjadi penampilan terakhir Ronaldo di pentas Euro.

Jemput baca artikel kami yang lain juga:

Rasai Pengalaman Berbeza Menonton UEFA EURO 2020™ Dengan Astro Go Interactive Mode

Cristiano Ronaldo Dilempar Botol Coca-Cola Di Puskas Arena

Apa Itu Piala Arab Yang Bakal Dianjurkan Oleh FIFA November Ini?

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN