Kecewa Disisihkan Skuad Kebangsaan, Daniel Ting Tekad Mahu Ke Piala AFF

Daniel Ting

Pemain Kuala Lumpur City, Daniel Ting mengakui dirinya kecewa kerana tidak dipanggil oleh Tan Cheng Hoe untuk skuad kebangsaan baru-baru ini.

Beliau yang beraksi dengan cemerlang pada musim ini menarik perhatian ramai dengan dirinya sebenarnya sudah pun berada dalam radar jurulatih tersebut.

Menurut Daniel, bakat dan aksi cemerlangnya telah dikesan oleh Cheng Hoe dan jurulatih itu sebenarnya telah menghubungi Bojan Hodak untuk mengetahui statusnya.

“Tan Cheng Hoe telah menghubungi Bojan Hodak baru-baru ini dan bertanya mengenai saya untuk dipanggil ke skuad kebangsaan.”

“Saya sentiasa bersedia untuk bersama dengan Harimau Malaya. Tetapi perkara itu [dipanggil ke skuad kebangsaan] tidak berlaku.”

Ujar Daniel lagi, adalah wajar untuk Cheng Hoe memanggil beliau kerana prestasinya ketika ini dalam keadaan cukup baik.

“Amat wajar jika beliau memanggil saya untuk ke Jordan bagi menguji keserasian bersama pasukan sebagai persiapan ke Piala AFF nanti.”

Sasaran kini Piala AFF

Menyedari hakikat yang beliau kini telah disisihkan, Daniel mengalihkan fokusnya untuk masih menembus skuad kebangsaan.

Tetapi beliau mahu terus lompat ke skuad Piala AFF negara yang akan turun beraksi pada akhir tahun ini.

Untuk memastikan namanya adalah di dalam senarai, Daniel perlu memberikan persembahan yang cemerlang dalam baki saingan Piala Malaysia.

“Saya akan terus fokus untuk beraksi dengan cemerlang bersama KL City untuk baki saingan Piala Malaysia.”

“Sekiranya saya konsisten, saya berhak mendapat tempat untuk menyarung jersi kebangsaan bagi saingan Piala AFF nanti.”

Persembahan cemerlang Daniel musim ini boleh diberikan pujian kerana pemain itu tidak tidak beraksi secara kompetitif selama dua tahun.

Kali terakhir beliau bermain secara kompetitif adalah sewaktu bersama PKNS pada 2018.

Sumber:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply