Kebenaran Buat Siaran Langsung Sendiri Beri ‘Nyawa’ Kepada Pasukan Liga Premier

Liga Premier 2021

Kebenaran yang diberikan oleh Malaysian Football League (MFL) kepada pasukan-pasukan Liga Premier 2021 untuk membuat siaran langsung sendiri jelas sekali membawa manfaat.

Keputusan yang dibuat oleh MFL itu jelas sekali memberikan ‘nyawa’ kepada pasukan-pasukan Liga Premier 2021 untuk mendapatkan sumber pendapatan menerusi jualan siaran langsung secara pay-per-view.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan, keputusan ini diambil bagi membolehkan pasukan-pasukan Liga Premier dibantu oleh penyokong mereka menerusi pembelian tiket secara maya.

“Pihak MFL berharap ini membolehkan lebih [ramai] peminat menyaksikan perlawanan dan juga dapat membantu kelab-kelab Liga Premier memberi pulangan komersial kepada penaja masing-masing,” katanya menerusi laman rasmi MFL.

Keputusan yang diambil ini jelas sekali memberikan kelegaan kepada pasukan-pasukan Liga Premier akibat apa yang berlaku sebelum ini.

Sebelum ini, pasukan-pasukan Liga Premier mengalami kesukaran untuk melakukan siaran langsung di laman mereka sendiri selepas liga divisyen dua negara masih terikat dengan kontrak bersama penyiar – MyCujoo.

Akan tetapi, perkara tersebut sudah diselesaikan oleh MFL dan kesemua 12 pasukan boleh melakukan siaran langsung di platform mereka sendri.

Untuk rekod, Kelantan, PDRM dan Negeri Sembilan antara pasukan-pasukan yang melakukan siaran langsung di platform mereka sendiri secara berbayar atau percuma.

Baca juga artikel kami yang lain:

Liga Super 2021 Raih 21 Juta Tontonan Setakat 13 Pusingan Dijalankan

Jersi Hijau Bakal Diharamkan Di Serie A, Tetapi Kenapa?

Cristiano Ronaldo Sanggup Potong Gaji Untuk Kekal Di Juventus

Sumber:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply