Video: Penjaga Gol Ini Menjaringkan Gol Penyamaan Masa Kecederaan Dengan Sepakan Gunting

Penjaga gol UCD B-19, Conor Kearns menyelamatkan pasukan beliau mereka daripada kalah dengan sepakan gunting.

Kearns bukan sahaja melakukan sepakan gunting yang menghasilkan gol, tetapi ia dilakukan pada masa kecederaan.

UCD AFC sedang ketinggalan 1-0 di tangan Cork City. Kearns diarahkan jurulatih untuk berada di dalam kotak penalti ketika sepakan penjuru yang mungkin terakhir dalam perlawanan itu.

Kearns pergi ke hadapan dan melakukan ini:

Jurulatih, staf, pemain simpanan dan kesemua pemain UCD ‘jadi gila’ meraikan gol tersebut. Memang luar biasa!

Kearns gembira dan berkata kepada wartawan selepas perlawanan:

“Jujurnya, gol itu seperti tidak logik pun ada. Saya diarahkan jurulatih untuk pergi ke hadapan supaya boleh memberikan impak dengan ketinggian saya.”

“Sekurang-kurangnya untuk memberikan tekanan kepada pemain lawan dengan fizikal saya.”

“Ketika bola menuju ke arah saya, saya tidak fikir panjang kerana saya tahu itu satu-satunya pilihan yang ada. Terima kasih kepada jurulatih kerana arahkan saya berada di sana.”

“Saya tidak rasa gol itu kebetulan (fluke), tapi kalau nak cakap luar biasa, Ya!”

“Saya memang selalu tenang dengan bola walaupun dikelilingi ramai pemain lain. Saya rasa saya akan cuba lakukan perkara itu sekali lagi selepas ini.”

Tidak lama selepas itu Kearns memuat naik tweet:

“Keputusan yang baik di tempat lawan menentang Corks. Gembira juga dapat melakukan gol sepakan gunting. Saya kan selalu cakap yang saya ni dahulunya penyerang.”

Baca juga: Analisis Taktikal MSL 2017: Angka 7 Jadi Talian Hayat Mora, Melaka United Kritikal!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN