Keane Dan Gary Neville Bengang Jesse Lingard Sempat Lancarkan Produk Sebelum Menentang Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Legenda Manchester United, Roy Keane dan Gary Neville mempersoalkan tarikh perlancaran koleksi pakaian terbaru oleh Jesse Lingard. Manchester United tewas 3-1 di tangga Liverpool dalam aksi EPL.

Pada Ahad 2 minggu lalu, Jesse Lingard melancarkan koleksi pakaian terbaru beliau iaitu “Be Yourself” di bawah label jenanama milik beliau JLingz. Ianya adalah seminggu sebelum perlawanan dengan seteru perit mereka – Liverpool di Anfield.

Roy Keane menyatakan untuk pemain bola sepak seperti beliau, keutamaan adalah bola sepak.

Gary Neville pula berpendapat tidak salah kalau seseorang pemain bola sepak mahu berniaga, tetapi pilihlah tarikh sesuai untuk melakukan perkara seperti promosi jualan.

Keane berkata: “Jika kamu mendapat keputusan yang baik di atas padang, dan ada suasana bilik persalinan yang kuat, perkara itu boleh diberikan toleransi. Cuma sekarang saya risau dengan keadaan bilik persalinan Man. United.”

“Untuk pemain muda yang masih belajar tentang perniagaan, bagi ramai orang beliau sudah menjadi anak muda terbaik di atas dunia.”

“Saya tak kenal beliau. Namun masalahnya, kamu telah melakukan perkara mengarut.”

“Pada pandangan saya, keutamaan no.1 kamu adalah bola sepak. Ya, orang berpendapat, kamu harus melakukan perkara lain selain bola sepak, namun saya tak setuju dengan pendapat itu.”

“Jangan nak fikir tentang benda lain – kereta, tatu atau teman wanita kamu, perkara itu kamu boleh lakukan apabila sudah bersara kelak.”

Neville berkata: “Awal minggu ini, kamu bercakap tentang pemain dan karakter mereka. Saya sebenarnya peminat tegar Jesse Lingard dan saya tiada masalah dengan pelancaran jenama pakaian terbaru beliau. Namun janganlah lancarkan ia sebelum perlawanan di tempat lawan menentang Liverpool, ianya salah satu perlawanan terbesar United musim ini.”

“Bukan minggu ini, fokus kepada Liverpool, lakukannya selepas perlawanan menentang Fulham. Saya tidak mempertikaikan karakter beliau.”

“Saya tak mempertikaikan beliau [berniaga] kerana sebagai pemain bola sepak, kamu perlu ada karier ataupun perkara lain untuk dilakukan.”

“Apabila saya mendengar akan perkara tersebut, saya hanya terfikir ‘bukan minggu ini’ kerana ianya minggu menentang Liverpool. Fokus kepada Liverpool, jangan tertarik atau terganggu kerana perkara lain.”