Ke Manakah Sebahagian Pemain Sheffield United Musim 2006/07?

Sheffield United merupakan salah satu kelab yang dikenali dalam kancah bola sepak Inggeris. Kali terakhir mereka bermain di Liga Perdana Inggeris ialah pada musim 2006/07.

Mereka akan kembali semula ke EPL pada musim hadapan.

Mereka menduduki tangga kedua EFL Championship musim 2005/06. Ketika itu, mereka dibimbing oleh Neil Warnock.

Kami membawakan kisah sebahagian pemain Sheffield United yang bermain dalam Liga Perdana Inggeris pada musim 2006/07

Rob Hulse

Rob Hulse (kanan). Sumber: Talksport.

Pada musim 2006/07, beliau menjaringkan 8 gol liga untuk Sheffield United. Beliau meninggalkan kelab Sheffield itu pada musim 2008 untuk ke Derby.

Kemudiannya beliau kembali bersama Neil Warnock di Queen Park Rangers. Beliau berhijrah ke Rangers pada tahun 2010.

Tetapi, beliau bukan pemain utama Rangers semasa kelab itu memenangi EFL Championship musim 2010/11. Beliau bersara pada 2013 dan berjaya menyudahkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi di Universiti Salford.

Keith Gillespie

Keith Gillespie, Sheffield United (Photo by Tony Marshall – EMPICS/PA Images via Getty Images)

Beliau merupakan bekas pemain dari Akademi Manchester United. Semasa kempen 2006/07, Keith telah menjaringkan 3 gol daripada 31 perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Keith menjadi pemain tengah terbanyak menjaringkan gol liga untuk Sheffield United pada musim itu.

Beliau berhijrah ke Bradford City pada 2009. Kelab terakhirnya ialah Longford Town di Republik Ireland sebelum menggantung but pada 2013.

Phil Jagielka

Phil Jagielka. Sumber: Dream Team

Penyokong Everton amat mengenali pemain pertahanan ini. Pada musim itu, beliau beraksi keseluruhan 38 perlawanan liga dengan 4 gol dijaringkan.

Tahukah anda bahawa sepanjang karier profesionalnya, Phil hanya bermain di kelab sahaja iaitu Sheffield United dan Everton.

Merupakan alumni The Blades 2006/07 yang masih dikenali. Dan masih aktif bermain.

Paddy Kenny

Paddy Kenny. Sumber: Premier League.

Ada jenaka mengatakan, di mana ada Neil Warnock, di situ ada Paddy Kenny menjaga golnya.

Memang ada asas jenaka ini, penjaga gol Sheffield United ini berhijrah ke Queens Park Rangers pada 2010 untuk bersama Neil Warnock.

Seterusnya, beliau berhijrah ke Leeds United pada 2012, dan pengurus yang sama turut membawa masuk ke Elland Road.

Bukan tiga kelab yang pernah menyaksikan gandingan manis Neil Warnock dengan Paddy Kenny, sebenarnya 5! Kelab tersebut (mengikut susunan) Bury, Sheffield United, QPR, Leeds dan Rotherham.

Kini beliau menjadi penjaga gol untuk di sebuah kelab divisyen lebih bawah.

Michael Tonge

SHEFFIELD, UNITED KINGDOM – JANUARY 30: Michael Tonge of Sheffield United celebrates scoring his team’s second goal during the Barclays Premiership match between Sheffield United and Fulham at Bramall Lane on January 30, 2007 in Sheffield, England. (Photo by Stu Forster/Getty Images)

Beliau antara pemain tengah Sheffield United pada musim tersebut yang kerap diturunkan Warnock. Tonge bersama Blades sehingga 2008.

Kemudiannya Tonge berkelana ke Stoke City dan beraksi sehingga musim 2013. Beliau pernah beraksi bersama Leeds United pada kemudiannya.

Kini, pada usia 36 tahun, beliau menjadi pemain kepada Port Vale.

Penutup

Selain mereka berempat, ada beberapa lagi pemain penting yang menyarung jersi Sheffield United pada musim 2006/07. Antaranya, Nick Montgomery, Chris Morgan, Leigh Bromby dan juga Jon Stead.

Mereka tersingkir divisyen setelah tewas perlawanan terakhir musim kepada Wigan Athletic di Bramall Lane. Kekalahan itu dibantu dengan gol kemenangan Wigan Athletic oleh David Unsworth.

Peritnya, Unsworth dilepaskan Sheffield United pada awal musim 2006/07 dan menyertai Wigan. Musim itu menyaksikan mereka duduk di tangga ke-18 liga dengan mengutip 38 mata hasil daripada 10 kemenangan dan 8 seri.

Pulangnya

SHEFFIELD, ENGLAND – APRIL 27: Billy Sharp of Sheffield United celebrates victory after the Skybet Championship match between Sheffield United and Ipswich Town at Bramall Lane on April 27, 2019 in Sheffield, England. (Photo by Jan Kruger/Getty Images)

The Blades akan beraksi semula di Liga Perdana Inggeris pada musim 2019/20. Kali ini, Billy Sharp dan rakan-rakan akan mengaum di Bramall Lane.

Sekalung tahniah untuk kembalinya mereka ini!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram