DFB Arahkan South Stand (The Yellow Wall) Borussia Dortmund Ditutup!

Pihak DFB telah mengenakan tindakan tegas kepada penyokong Dortmund selepas insiden ke atas penyokong RB Leipzig sebelum ini.

Jawatankuasa DFB telah memutuskan agar kawasan South Stand ditutup untuk 1 perlawanan. Manakala pihak pengurusan Dortmund didenda €100,000.00 kerana kelakuan penyokong mereka.

Bagi anda yang masih samar-samar ianya berkaitan dengan kes apa?Anda boleh baca di artikel kami bertajuk Kerana Kebencian, Penyokong Dortmund Serang Penyokong RB Leipzig.

Denda tersebut menyaksikan The Yellow Wall yang menjadi markas kepada Ultras Dortmund akan sunyi untuk 1 perlawanan.

South Stand adalah seksyen tempat duduk yang paling besar di Eropah dengan kapasiti 25,000 penyokong.

Ultras Dortmund telah menaikkan banyak banner propaganda anti RB Leipzig sepanjang perlawanan menentang kelab kontroversi tersebut.

Antaranya adalah ‘sembelih kerbau itu’ dan ‘beer lebih baik dari soda’.

Football Soccer – Borussia Dortmund v RB Leipzig – German Bundesliga – Signal Iduna Park, Dortmund, Germany – 4/2/17 – Borussia Dortmund’s fans hold banners and cheer during the game. REUTERS.

Penyokong Dortmund telah memancarkan laser kepada penyokong Leipzig dan mengejek mereka dengan kata-kata kesat.

Sebelum perlawanan, penyokong-penyokong Leipzig telah diserang dengan dibaling objek sebelum memasuki stadium.

Pihak polis telah membuat 32 pertuduhan salah laku ke atas Borussia Dortmund.

Pihak DFB turut melancarkan siasatan kepada beberapa lagi perlawanan yang melibatkan Leipzig, di mana penyokong-penyokong mereka turut diserang.

Antaranya adalah ketika perlawanan menentang TSG Hoffenheim dan Mainz 05 sebelum ini.

Penyokong RB Leipzig musim ini telah menjadi sasaran amarah penyokong di Jerman selepas mereka diambil alih oleh Red Bulls.

Pihak Borussia Dortmund boleh mencabar keputusan jawatankuasa tersebut dalam masa terdekat.

Namun, jika Dortmund berniat mencabar keputusan DFB ini, mereka akan menentang keputusan ini di mahkamah sukan.

Jika tidak, hukuman tersebut akan berkuat kuasa pada perlawanan menentang Wolfsburg pada 18 Februari nanti di mana, South Stand akan ditutup.

Pihak Borussia Dortmund meminta maaf di atas insiden tersebut. Terbaru, kapten Dortmund Marcel Schmelzer turut menghantar mesej meminta maaf menerusi video.

Baca juga: Leipzig, Kelab Paling Dibenci Di Jerman Kini Bersaing Dengan Bayern Munich

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN