‘Kau Duta Nike Atau adidas?’ – Gambar Stokin Messi Timbulkan Persoalan

Lionel Messi Stokin Nike

Semua sedia maklum yang penyerang sensasi Barcelona, Lionel Messi adalah duta jenama sukan popular adidas, sementara Cristiano Ronaldo pula adalah duta Nike.

Kedua-duanya telah mengikat kontrak perjanjian seumur hidup dengan mereka secara tidak langsung turut menyumbang kepada hasil buat syarikat tersebut – Ronaldo telah bersama Nike sejak 2003, sementara Messi pula telah menyertai adidas sejak 2006.

Begitupun, Messi sebenarnya mempunyai sejarah bersama Nike kerana dalam penampilan sulungnya di Barca pada Oktober 2004 ketika berusia 17 tahun, beliau didapati memakai but Nike Air Zoom Total 90 III – ketika menentang Espanyol.

Pada Februari 2006, Messi akhirnya turun ke padang dalam aksi Copa del Rey menentang Real Zaragoza dengan memakai but dengan jenama baharu iaitu adidas F50s. Dan, 40 minit kemudian, beliau mula membuka akaun bersama but adidasnya.

Semalam, dalam sesi latihan Barcelona, pemenang enam kali Ballon d’Or itu dirakam lensa kamera memakai stokin berjenama Nike. Adakah itu memberi petanda yang Messi bakal menyertai Ronaldo di Nike, sedangkan ‘diikat’ adidas seumur hidup?

Lionel-Messi-Stokin-Nike-2
FOTO: Footy Headlines

Footy Headlines menjelaskan yang ia bukan hasil ubahsuai gambar menggunakan Photoshop. Messi dirakam memakai stokin jenama Nike itu selepas menanggalkan butnya dengan ikon Nike jelas terpapar – ia tersembunyi sekiranya memakai but.

Menariknya, hampir semua pemain Barcelona didapati memakai stokin khas keluaran syarikat yang berpengkalan di Austria, TapeDesign, tetapi pemain skuad kebangsaan Argentina itu memilih untuk memakai stokin lain – mungkin dengan fungsi yang sama.

Laman sesawang tersebut mendedahkan yang pada asalnya, ia merupakan satu pelanggaran kontrak sekiranya Messi ataupun mana-mana duta jenama sukan telah dirakam memakai jenama lain selain daripada jenama yang diwakili oleh mereka.

Namun, mungkin atas sebab selalunya jenama besar membenarkan pemain mereka memakai stokin khas seperti stokin ‘anti-slip’ keluaran jenama lain. Ataupun mungkin ianya disebabkan ikon Nike tidak terlalu ketara kelihatan dengan mata kasar?

Sebaliknya di Torino, Ronaldo pula dirakam mengenakan stokin adidas dan memakai but berjenama Nike Mercurial Superfly VI dalam sesi latihan kelabnya, Juventus.

Apa pendapat pembaca mengenai perkara ini? Adakah ianya dibenarkan? Dan jika dibenarkan, adakah selepas ini lebih ramai pemain akan mengikut jejaknya?

KREDIT FEATURED IMAGE: FOOTYHEADLINES

Baca lagi artikel lain mengenai Lionel Messi:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram