Kata-Kata Norhafiz Zamani Yang Membuatkan Penyokong Kelantan Terkesima!

Norhafiz Zamani Misbah adalah pemain veteran dalam skuad Kelantan. Beliau memang dikenali dengan personaliti yang disenangi semua pihak.

Beliau sering menggunakan media sosial iaitu Facebook untuk berhubung dengan penyokong Kelantan dan juga bola sepak Malaysia.

Norhafiz seorang yang sangat interaktif dan suka membalas komen daripada pengikut beliau.

Ketika pasukan Kelantan dalam krisis, Norhafiz akan kerap menulis status yang memberikan motivasi kepada penyokong Kelantan.

Kelantan player Norhafiz Zamani Misbah during Super League match at Shah Alam Stadium on 27 January 2017. Photo by Kamarul Akhir / www.asiana.my

Jika beliau dikritik sekalipun, beliau akan berlapang dada dan kerap menulis status yang penuh rendah diri.

Namun beliau tetap berjuang setiap kali diberikan kepercayaan oleh jurulatih bermain di atas padang.

Di kalangan pengikut beliau Norhafiz terkenal dengan tagline beliau old is gold yang kerap menjadi hastag dalam tulisan beliau.

Beliau sentiasa menghormati penyokong pengorbanan penyokong yang sanggup datang ke stadium demi pasukan mereka.

Beliau juga sentiasa menghormati sesiapa sahaja lawan beliau. Banyak lagi status penghargaan dan tahniah daripada Norhafiz kepada lawan-lawan yang menang menentang Kelantan.

Sentiasa kekal optimis dan sentiasa bertanggungjawab atas nama pasukan.

Beliau juga memiliki jiwa yang kuat ke atas pasukan yang sedang diwakili beliau iaitu Kelantan. Komitmen beliau membuatkan orang kadangkala tidak sedar yang beliau bukanlah orang Kelantan.

Betullah kata orang, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Ini pula status terbaru beliau semalam untuk para penyokong Kelantan.

Ia memang sangat mendalam dan penuh penghargaan kepada penyokong.

Banyak lagi status beliau yang sangat menyentuh perasaan sebagai seorang peminat bola sepak. Beliau kerap berkongsi perjalanan sepanjang karier beliau.

Jika anda mencari seorang pemain untuk diikuti di laman sosial, rasanya Norhafiz Zamani Misbah adalah pemain yang terbaik untuk anda ikuti di facebook beliau.

Banyak perkongsian dan juga motivasi yang anda akan dapat.

Kepada Norhafiz Zamani Misbah ataupun Angah, selamat maju jaya!

Baca juga: Rozaimie Rohim Pertahan Diri Di Instagram, Nafi Terlibat Dengan ‘Bookie’

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN