Rekaan Kasut Emas ABK18 Jadi Bahan ‘Troll’ Netizen

Semalam berlangsungnya Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2018 ataupun ABK18 bagi menghargai para pemain dan jurulatih. Terlebih dahulu tahniah kami ucapkan kepada semua pemenangΒ – dan tak lupa kepada penganjur yang berusaha memastikan acara ini dilangsungkan secara lancar.

Satu perkara yang menarik perhatian adalah Anugerah Kasut Emas ABK18. Bukan kerana kontroversi sang penerima – itu mustahil berlaku kerana anugerah ini berdasarkan statistik – tetapi rekaan Anugerah Kasut Emas itu yang menjadi perhatian.

Anugerah pada tahun ini – untuk kategori pemain import dimenangi oleh Rufino Segovia (Selangor).

Manakala untuk kategori pemain tempatan dimenang oleh Shafiq Shaharudin (Kelantan).

Sekali imbas pasti anda tertanya-tanya; “Di mana kasut emas?” – Anda perhatikan betul-betul, ianya bersaiz kecil berwarna kristal.

Ini adalah Kasut Emas yang diterima oleh Shafiq Shaharudin dan bakal diterbangkan ke alamat Rufino Segovia di luar negara. Pastinya kos penghantaran akan menjadi lebih murah dan senang untuk dijaga.

Oleh kerana rekaannya yang terlalu comel, maka peminat bola sepak tanah air telah menjadikannya bahan jenaka dan ‘troll’ di media sosial.

Ada juga netizen yang menganggap ianya kasut emas versi ‘budget’.

https://twitter.com/Ohhajemii/status/1059647559352823808

Tak kurang juga yang menganggap ia sebagai kasut emas akar umbi ataupun kasut emas bayi.

Ini adalah kasut emas pada ABK17 yang kelihatan lebih menawan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khasΒ untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN