‘Kasihanilah Kami’ – Nik Akif, Farisham Ismail Utus Ingatan Buat KAFA

Nik-Akif-meraikan-gol-vs-Sabah-Piala-Malaysia-2018-suku-akhir-kafa

Kapten, Farisham Ismail dan Nik Akif Syahiran Nik Mat memuat naik luahan di laman Instagram berkaitan tunggakan gaji dengan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).

Mungkin sudah agak lama menanti, pemain-pemain Kelantan sudah mula tidak tahan dan muak dengan masalah tunggakan gaji yang berlarutan agak lama dan sikap mendiamkan diri pihak pengurusan KAFA dengan permasalahan itu.

‘Kami hanya tuntut hak kami’

Farisham memuat naik luahan di InstaStory yang menyatakan kepimpinan yang baik akan melaksanakan segala kebajikan untuk pemain, bukan hanya berdiam diri dan melihat pemain menderita. “Di mana tanggungjawab anda?” soalnya.

“Kami hanya menuntut hak kami. Jika tak mampu, lepaskan dan berkorbanlah. Selamat Hari Raya Korban,” luahnya yang pastinya menarik perhatian bayak pihak.

https://www.instagram.com/p/CDOx6golr4s/

Sementara pemain muda, Nik Akif pula memuat naik posting yang hampir sama dengan kaptennya yang mahu individu bertanggungjawab di KAFA meletak jawatan sahaja jika tidak mampu untuk menjalankan tugas dengan sebaiknya.

Memetik kenyataannya di Instagram, “Jawatan yang diberikan adalah satu amanah dan tanggungjawab yang besar untuk dipikul, bukan hanya sekadar jawatan dan nama. Kalau tak ada nak pikul tanggungjawab, lebih baik undur diri.”

‘Kasihanilah kami’

“Kerana itu adalah lebih baik untuk diri kamu dan pasukan TRW khasnya. Jangan terlalu pentingkan diri sendiri, kerana kamu seorang, semua menjadi mangsa. Kasihanilah kami,” tegas pemain berusia 21 tahun itu lagi mengenai isu tersebut.

Kelantan sedang melalui masalah kewangan yang meruncing yang menyaksikan mereka berdepan bebanan hutang lapuk yang mencecah RM7 juta selain tuntutan tunggakan gaji dua pemain import, Cassio de Jesus dan Bruno Lopes.

Kedua-dua pemain import itu telah membawa kes tersebut ke Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan KAFA perlu menyelesaikan isu tersebut bagi mengelakkan hukuman. Jumlah tunggakan gaji mereka dianggarkan lebih RM700 ribu.

Walaubagaimanapun, menurut laporan Berita Harian, Setiausaha Agung KAFA, Husin Deraman mengesahkan yang pihaknya belum menerima apa-apa keputusan terbaharu daripada FIFA berkaitan hukuman untuk mereka atas kes tersebut.

Bukan Kedah sahaja

Mungkin ada yang bertanya kenapa asyik Kedah sahaja yang diberikan tumpuan untuk masalah ini sedangkan negeri lain juga mengalami masalah yang sama? Sejak pandemik COVID-19 melanda, majoriti pasukan mengalami masalah ini.

Pemain-pemain Kedah antara yang lantang bersuara di media sosial mengenai masalah mereka, tidak seperti pasukan-pasukan lain yang kini dilihat telah mula bersuara. Disebabkan itu, tumpuan lebih terarah kepada juara Piala FA 2019 itu.

Adakalanya perbincangan antara pihak pengurusan pasukan dan pemain mengenai isu ini berjaya meredakan ketengangan yang dirasai para pemain. Untuk Kedah, menerusi kenyataan bekas Setiausaha Kehormat mereka, tiada perbincangan.

Tidak dinafikan sesetengah pemain tempatan mahu menjaga periuk nasi mereka dan memilih untuk tidak bersuara, tetapi akhirnya merana akibat masalah kewangan yang terpaksa dilalui. Selepas ini, pasukan mana pula akan jadi tumpuan?

Penutup

Isu gaji tertunggak berlaku di seluruh dunia. Bukan hanya di Malaysia. Namun, bagaimana pihak pengurusan mengendalikan masalah ini adalah kunci kepada segalanya. Jika berterusan mengelak untuk berdepan pemain, apa akan jadi?

Para pemain juga harus mengambil sikap baharu iaitu melaporkan kepada pihak berwajib sekiranya berlaku perkara sebegini lagi. Hanya meluahkan perasaan di media sosial mungkin membantu, tetapi kurang memberi kesan kepada pengurusan.

KREDIT FEATURED IMAGE: KELANTAN FA

Baca lagi mengenai Kelantan FA:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN