Karsten Neitzel Tak Setuju Anak Buahnya ‘Lupa Diri’

Hein Htet Aung Selangor Melaka Liga Super lupa diri Karsten Neitzel

Pengendali Selangor FC, Karsten Neitzel tidak bersetuju dengan kenyataan yang mereka lupa diri dibuai rentak kemenangan yang dilakar mereka sebelum ini.

Sebelum turun berdepan Melaka United, mereka dalam rentak empat kemenangan berturut-turut sejak 31 Julai lalu bermula dengan kemenangan 4-1 ke atas Penang FC, 2-0 ke atas UiTM FC, 4-2 ke atas Kedah Darul Aman FC dan 3-0 ke atas Perak.

Kali terakhir The Red Giants melakar lebih daripada empat kemenangan berturut-turut adalah pada musim 2015 iaitu lima perlawanan berturut-turut iaitu pada aksi minggu ke-4 hingga ke-8. Ini adalah catatan kedua terbaik mereka jika berdasarkan musim.

Adakah Selangor sedang dibuai rentak kemenangan yang dicatatkan mereka? Menurut Karsten Neitzel, mereka tidak sesekali ‘lupa diri’ dengan rekod tersebut.

Berdepan Melaka United yang berada di tangga ke-9 sebelum aksi bermula mungkin memberikan rasa selesa di kalangan para pemainnya kerana jika dua pasukan di kalangan ‘top 5’ pun mampu mereka tundukkan, apatah lagi skuad Hang Tuah.

“Tidak. Saya tidak rasa begitu [terlalu selesa berdepan Melaka United]. Kami bermula sangat baik dalam perlawanan ini dan miliki beberapa peluang meledak gol.

“Kemudian pemain kami dilayangkan kad merah. Dari segi komitmen permainan dan persediaan pemain, saya gembira. Kami beraksi kurang baik di babak kedua. Kami perlu lebih berbahaya di depan gol lawan tetapi kami kekurangannya,” tegasnya.

Selangor terpaksa beraksi kekurangan seorang pemain hampir sejam selepas bek tengah, Ashmawi Yakin dilayankan kad merah pada minit ke-27 apabila mengasari penyerang pelawat, Sony Norde ketika Melaka United melakukan serang balas.

Jika beliau tidak membentes larian deras Sony Norde, penyerang itu akan berdepan penjaga gol dengan ruang yang besar kerana garisan tinggi benteng Selangor.

“Jelas ia kad merah. Saya ada bercakap dengannya [Ashmawi Yakin] dan beliau kata mahu mendapatkan bola itu. Kadang-kadang ini yang berlaku dalam bola sepak. Ia tidak sepatutnya berlaku, tetapi apa yang mampu kita katakan,” jelas Karsten Neitzel.

“Kami seri hari ini dan selepas ini berdepan Sabah, kami akan ke sana untuk mendapatkan tiga mata. Ia sentiasa jadi sasaran kami [tiga mata],” tegasnya lagi.

Dalam aksi malam tadi, Selangor membuka tirai jaringan pada minit ke-18 menerusi pemain import, Hein Htet Aung menyudahkan hantaran Ifedayo Olusegun.

Selepas kehilangan seorang pemain, Melaka United cuba untuk memburu jaringan penyamaan menerusi beberapa asakan antaranya percubaan Andriano dan Sony Norde, namun ketangkasan penjaga gol, Khairulazhan Khalid berjaya menafikannya.

Dan dalam masa kecederaan, Melaka United yang dalam fasa menekan akhirnya berjaya mengegar jaring gol tuan rumah apabila rembatan leret dari luar kotak penalti oleh Manuel Ott berjaya memperdaya Khairulazhan Khalid untuk gol penyamaan.

Keputusan itu menyaksikan The Red Giants gagal memintas kedudukan Penang FC di tangga ke-4 liga, hanya dipisahkan satu mata. Penang FC dan Terengganu berpeluang mengukuhkan lagi kedudukan mereka jika menang pada aksi malam ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN