Karsten Neitzel: Kami Menang, Tapi Soalnya Kenapa Kurang Gol?

Karsten Neitzel Selangor 2021

Pengendali Selangor FC, Karsten Neitzel berpuas hati dengan tiga mata yang diraih ke atas Perak FC, tetapi persembahan pemainnya yang sedikit meresahkannya.

The Red Giants menang selesa 3-0 ke atas musuh tradisi, Perak, dalam aksi malam tadi di Stadium Perak, Ipoh hasil jaringan pemain tengah, Oliver Buff dan dua jaringan penyerang sensasi, Ifedayo Olusegun, membawa mereka ke tangga ke-3 liga.

Ini adalah kedudukan tertinggi mereka selepas melalui 19 perlawanan. Mereka pernah berada di kedudukan ke-7 yang merupakan terendah musim ini sebelum bangkit untuk berada di kedudukan ke-5 Liga Super untuk tempoh 10 minggu berturut-turut.

Konsisten menang dalam empat aksi terakhir mereka sejak menewaskan Penang FC 4-1 pada penghujung Julai lalu, mereka seterusnya menang 2-0 ke atas UiTM FC, 4-2 ke atas Kedah Darul Aman FC dan kini menewaskan satu lagi wakil zon utara, Perak.

Ini yang membantu melonjak kedudukan mereka, namun mereka harus berwaspada kerana Kedah dan Penang FC yang kekurangan perlawanan, berpotensi memintas mereka selepas ini, terutamanya Penang FC yang akan turun beraksi malam ini.

Bercakap tentang kemenangan malam tadi, Karsten Neitzel bersyukur mereka masih mampu menang walaupun beraksi kurang baik. Katanya, “Ia terlalu mudah. Kami tidak bermain dengan baik tetapi kami berjaya mendapatkan tiga mata malam ini.”

“Terutamanya dalam 30 minit pertama, kami gagal mengawal perlawanan dan untuk bermain mudah. Kami juga mudah kehilangan bola. Selepas gol pertama, ia semakin baik dan diteruskan di babak kedua,” ungkapnya tentang perlawanan di sidang media.

“Persoalan saya, kenapa kami gagal meledak lebih banyak gol? Tetapi, Perak juga berbahaya terutamanya [Sergio] Aguero dan Nana Poku. Apa pun saya gembira kami tidak dibolosi dan meraih kemenangan ke-4 berturut-turut,” tambahnya lagi.

“Di atas kertas kami adalah pemenang dan selepas perlawanan juga kami menang. Tetapi aksi di padang kurang meyakinkan. Kami mampu meledak lebih banyak gol.

“Kami boleh bermain lebih baik tetapi saya terimanya kerana kami menang,” ujar Karsten Neitzel lagi mengenai prestasi para pemainnya yang tampak kurang menjadi.

Dalam aksi malam tadi, Oliver Buff membuka akaun jaringan pada minit ke-42 selepas membuat rembatan susulan akibat daripada kegagalan barisan benteng tuan rumah mengeluarkan bola daripada kawasan berbahaya di depan gawang mereka.

Selangor mengukuhkan kedudukan sebelum babak pertama berakhir apabila Ifedayo Olusegun berjaya menanduk masuk sepakan percuma Oliver Buff yang menewaskan penjaga gol Perak, Azri Ghani buat kali kedua untuk Selangor selesa di depan.

Ifedayo Olusegun terus meledak gol buat pelawat selepas menyempurnakan sepakan penalti yang diraih pada minit ke-59 untuk Selangor membawa pulang tiga mata.

Berbaki tiga perlawanan, The Red Giants akan turun menentang Melaka United pada Sabtu depan, sebelum berdepan Sabah FC pada 5 September seterusnya menutup tirai saingan musim ini berdepan PJ City FC di halaman sendiri, 12 September.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN