Karius Akui Buat Kesilapan Dan Mohon Maaf Kepada Semua Penyokong Liverpool

2 kesilapan mudah daripada penjaga gol Liverpool, Loris Karius ketika menentang Real Madrid di final Liga Juara-Juara awal pagi tadi menyaksikan Liverpool terlepas peluang untuk menjulang trofi dalam kejohanan yang berprestij itu.

Karius mengakui kesalahannya diatas kekalahan pasukannya kepada Real Madrid 1-3 dan memohon maaf kepada penyokong kelab itu sejurus selepas tamat perlawanan.

Penjaga gol kelahiran Jerman itu memberikan Real gol pertama mereka pada minit ke-51 di mana ketika dia terburu-buru memulakan serangan, dia membaling bola di depan Karim Benzema yang pantas merebut peluang untuk meledak jaringan.

Karius turut melakukan kesilapan untuk gol ketiga Real apabila Gareth Bale mencuba jaringan jarak jauh yang melepasi jangkauan penjaga gol Liverpool itu.

“Saya tidak rasa apa-apa ketika ini. Hari ini saya menyebabkan pasukan saya tewas dan ingin meminta maaf kepada semua,” kata Karius.

“Saya meminta maaf kepada semua, pasukan, seluruh kelab kerana kesilapan yang membawa padah. Jika boleh saya undurkan masa, saya akan lakukan.

“Saya minta maaf kepada pasukan. Saya tahu saya kecewakan mereka hari ini. Gol itu menyebabkan kami hilang gelaran.

“Situasi memang sukar sekarang tetapi itulah kehidupan seorang penjaga gol. Anda perlu bangkit semula.” katanya.

Karius meniarap di padang pada akhir perlawanan sebelum dipujuk rakan sepasukan. Katanya, rakan sepasukan cuba menaikkan kembali semangatnya di bilik persalinan.

“Sudah tentu semua orang cuba menggembirakan saya tetapi suasana sepi di mana-mana kerana semua orang kecewa,” katanya.

Akur dengan kesilapan itu, Klopp amat bersimpati terhadap penjaga gol yang dibawa daripada kelab lamanya Mainz.

“Apa yang boleh saya katakan. Loris pun tahu, semua orang tahu. Ia sesuatu yang memalukan dalam perlawanan seperti ini dan musim seperti ini. Saya benar-benar simpati dengannya, dia pemain yang hebat,” kata Klopp.

Sementara itu, bekas penjaga gol Jerman, Oliver Kahn menyifatkan kesilapan yang dilakukan oleh Karius itu mampu memusnahkan kerjaya bola sepaknya.

“Ini malam yang boleh memusnahkan kerjayanya. Anda perlukan lebih banyak masa untuk melupakannya. Sebagai bekas penjaga gol, ianya sangat kejam untuk dilihat,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN