Karier Angelino ‘Dibunuh’ Pep Guardiola Selepas 2 Perlawanan Sahaja

Angelino

Pep Guardiola dianggap sebagai pengurus yang penuh dengan falsafah bola sepaknya.

Malah tidak hairan jika beliau turut ‘keras’ dengan pemainnya, mana-mana individu yang dilihat tidak sesuai dengan taktikalnya maka akan disingkirkan terus dari pasukan.

Itulah yang dihadapi oleh Angelino yang sebelum ini beraksi buat Manchester City sebelum kariernya di England musnah kerana Guardiola.

Kini beraksi di Jerman bersama RB Leipzig, Angelino kini mempunyai kehidupan yang lebih baik bersama kelab Bundesliga itu.

Pengalaman bersama mantan pengurus Barcelona itu jelas sekali merupakan mimpi ngeri buat dirinya yang selepas itu disingkirkan dari perancangan selepas dua perlawanan.

“Pep Guardiola bunuh keyakinan diri saya. Selepas saya berpindah dari PSV Eindhoven ke Manchester City beliau telah menilai saya hanya menerusi dua perlawanan sahaja.”

“Selepas itu tiada lagi peluang diberikan olehnya kepada saya,” kata Angelino kepada Bild.

Walaupun sukar untuk menerima perkara itu, namun Angelino gembira yang beliau kini menjadi sebahagian daripada perancangan penting di RB Leipzig.

Situasi yang dihadapi oleh Angelino ini serupa dengan apa yang dilalui oleh Joe Hart sewaktu hari-hari awal Guardiola di Manchester City.

Hart disingkirkan oleh Guardiola selepas satu perlawanan pra-musim sahaja.

Baca juga artikel kami mengenai Pep Guardiola:

Pep Guardiola: Kami Tak Perlukan Pemain Baharu

Pep Guardiola Desak EPL Perkenal Semula Peraturan 5 Pemain Gantian

Felix Magath: Kejayaan Pep Guardiola Di Barcelona Adalah Kerana Messi

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN