Karier 4 Pemain Yang Ibarat ‘Masuk Neraka’ Selepas Bergelar Pemain Termahal Chelsea

Tidak ada seorang pun dari kalangan empat pemain yang memecahkan rekod sebagai pemain termahal di Chelsea berjaya menarik perhatian dengan prestasi mereka di atas padang untuk kelab London itu.

The Blues sekali lagi memecahkan rekod mereka sendiri apabila membawa masuk Kai Havertz dari Bayer Leverkusen dengan nilai 80 juta euro.

Sudah tentu jika dilihat kembali ke belakang, Kai Havertz pasti tidak mahu mengulangi nasib yang menimpa empat pemain terdahulu yang tiba di Stamford Bridge selaku pemain termahal pernah dibeli Chelsea.

Kita singkap kembali perjalanan karier empat pemain tersebut.

Andriy Shevchenko

Pemenang Ballon d’Or pada 2004 ini menyertai Chelsea pada musim 2006/07 pada nilai 44 juta euro.

Namun pemain berasal dari Ukraine ini gagal menyesuaikan diri dengan cabaran di Liga Perdana Inggeris, dan hanya beraksi selama semusim untuk Chelsea.

Sepanjang tempoh itu, Shevchenko hanya menjaringkan lima gol, dan menghasilkan satu assist dari 15 penampilan yang beliau lakukan.

Fernando Torres

Chelsea membayar 58.6 juta euro pada 2010 untuk membeli penyerang Sepanyol ini dari Liverpool. Di Anfield, Torres dikenali sebagai mesin gol dan dilabel sebagai antara penyerang paling tajam pernah beraksi di Premier League.

Di sebalik reputasi hebat itu, Torres ibarat hilang sentuhan bersama The Blues.

Berjaya menjaringkan 45 gol dari 172 penampilan, Torres hanya menghasilkan ratio 0.26 gol di setiap perlawanan bersama Chelsea

Alvaro Morata

Selepas Torres, ianya giliran Alvaro Morata yang tiba dari Real Madrid dengan tanda harga 66 juta euro pada 2017.

Morata gagal menyerlah walaupun menjaringkan 11 gol pada musim pertamanya.

Selepas menampilkan prestasi tidak seperti diharapkan pada musim kedua, Chelsea menjual pemain itu kepada Atletico Madrid.

Kepa Arrizabalaga

Chelsea membawa masuk Kepa Arrizabalaga dari Athletic Bilbao untuk menjadi pengganti Thibaut Courtois yang memilih untuk menyertai Real Madrid.

Kepa dilihat oleh ramai sebagai salah seorang penjaga gol muda terbaik di Eropah, dan tiba dengan nilai rekod dunia untuk penjaga gol.

Pada musim pertamanya di England, Kepa menampilkan aksi yang baik dan membantu Cheslea meriah kejayaan di Europa League.

Memasuki musim 2019/20 Kepa mulai bergelut dan dibolosi sehingga 54 gol di Premier League.

Chelsea dilaporkan sedang giat mencari penjaga gol baharu, dan enggan menafikan kemungkinan Kepa akan dijual.

Penutup

Bagaimana dengan Kai Havertz? Mampukah pemain muda ini mengelak perkara yang sama berlaku kepada dirinya?

Empat pemain sebelum ini ibarat karier mereka masuk neraka.

Menjadi pemain termahal sentiasa menghadirkan tekanan berlebihan.

 

Baca artikel lain kami mengenai Chelsea:

Di Ambang Pemecatan, Frank Lampard Akui Tak Bimbang

Adakah Havertz Bakal Menjadi ‘Besi Karat’ Seterusnya Di Chelsea?

Tahukah Anda? Lionel Messi Hampir Sertai Chelsea Pada Tahun 2004

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN