Kante Minta Maaf Kepada Penyokong Arsenal, Dapat Perhatian Aubameyang

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

N’Golo Kante adalah pemain bola sepak yang tiada pembenci kerana sikap beliau yang rendah diri.

Beliau berjaya membantu pasukannya menang 3-2 ke atas Arsenal dalam perlawanan EPL ke-2 Chelsea musim ini.

Kante keluar berjalan-jalan dan terserempak dengan penyokong Arsenal. Peminat Arsenal tersebut telah meminta untuk bergambar dengan Kante.

Peminat Arsenal tersebut yang menggunakan nama Sharky di Twitter, memberitahu Kante bahawa beliau adalah penyokong The Gunners.

Sharky meluahkan kekecewaan beliau kerana kekalahan Arsenal. Kante tersenyum ke arah Sharky memohon maaf kepada peminat Arsenal tersebut.

Ucapan maaf Kante itu jelas menunjukkan beliau seakan-akan rasa bersalah dan memahami kekecewaan penyokong Arsenal itu.

Sharky terharu dengan sikap Kante dan tak percaya pemain itu akan meminta maaf kepada peminat lawannya selepas menang. Tambahan pula Chelsea dan Arsenal adalah musuh setempat.

Sharky dalam twitternya berkata:

“Baru sahaja terserempak dengan lelaki ini. Saya memberitahu dia yang saya peminat Gunners dan kecewa dengan perlawanan hujung minggu lalu, tetapi dia tersenyum kepada saya dan berkata “maaf”. ‘What a guy’.”

Tweet itu ditweet semula lebih 22,000 kali. Ramai yang kagum dengan sikap Kante. Aubameyang juga turut menyukai tweet tersebut.

Kante memang seorang yang sopan dan pemalu. Giroud pernah menyatakan, Kante sangat pemalu sehinggakan susah nak meminta barang daripada anda.

“Dia sangat pemalu dan tak mampu berkata, ‘berikannya kepada saya’.”