N’Golo Kante Kongsikan Rutin Harian Beliau Di Pusat Latihan Cobham

Tonggak utama Chelsea, N’Golo Kante tampil di laman web rasmi kelab bagi berkongsikan rutin harian yang dilakukan olehnya ketika di pusat latihan kelab tersebut.

Menurut Kante, beliau akan berada di Pusat Latihan Cobham seawal jam 9.30 pagi untuk mengambil sarapan pagi. Sarapan yang menjadi pilihan beliau adalah hanya bijirin dan susu serta kadangkala mengambil buah buahan. Ianya berbeza dengan pemain berbangsa Inggeris disana yang lebih gemar makan telur dan kekacang.

”Selepas itu saya akan duduk seketika di bilik persalinan dan adakalanya saya ke bilik rawatan untuk proses pemulihan.”

Kante

”Saya juga akan ke gimnasium bagi melakukan beberapa latihan dan regangan untuk memastikan saya benar-benar bersedia untuk menjalani sesi latihan pasukan,” jelas Kante lagi.

Pemain berusia 26 tahun ini juga turut berkongsikan bahawa beliau amat selesa dengan keadaan persekitaran latihan yang sedikit sejuk.

”Saya sukakan keadaan persekitaran yang tidak terlalu panas, sedikit sejuk tetapi tidak terlalu sejuk serta tidak hujan dan tidak berangin.”

Selepas tamat sesi latihan pasukan pula, Kante akan melakukan urutan atau kembali semula ke gimnasium untuk melakukan beberapa lagi latihan dan regangan.

”Kadangkala juga saya hanya menghabiskan masa di bilik persalinan untuk bergelak ketawa bersama rakan sepasukan yang lain.”

Kante
Kredit foto: chelseafc.com

”Ianya bergantung kepada bagaimana keadaan yang saya rasai pada tubuh badan saya. Sekiranya penat saya akan terus pergi untuk diurut dan jika saya merasakan ‘okay’, saya akan duduk di bilik persalinan.”

”Dan jika saya tidak melakukan regangan di gimnasium, saya suka untuk melakukan latihan pada bahagian perut dengan melakukan ‘press-ups’. Kadangkala saya turut melakukan yoga, mungkin sekali sebulan. Ianya sesuatu yang berbeza dari kebiasaan.”

Bagi makanan tengah hari pula, Kante lebih memilih untuk menikmati pasta, red pesto, mozzarella tomato dan lobak merah. Makanan sama yang turut menjadi pilihan Kante sebelum menghadapi sesuatu perlawanan.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN