Rusia 2018: Deschamps Anggap Kante Pemain Yang Punya 15 Paru-Paru

N’Golo Kante jelas merupakan pemain yang semua pasukan perlukan. Kerja keras yang ditunjukkan beliau sememangnya cukup menyenangkan mata para jurulatih.

Beliau jelas merupakan enjin kepada pasukan Perancis di saingan Piala Dunia 2018, dan ia diakui oleh jurulatih Les Blues – Didier Deschamps.

Deschamps jelas berpuas hati dengan hasil kerja yang ditunjukkan oleh Kante dan beliau menggangap pemain itu mempunyai 15 paru-paru!

“Beliau berlari ke merata tempat di dalam padang. Beliau ada 15 paru-paru!”

KAZAN, RUSSIA – JUNE 30: Ngolo Kante of France is challenged by Lionel Messi of Argentina during the 2018 FIFA World Cup Russia Round of 16 match between France and Argentina at Kazan Arena on June 30, 2018 in Kazan, Russia. (Photo by Kevin C. Cox/Getty Images)

Pujian yang diberikan oleh Deshamps itu turut ditambah oleh rakan sepasukan beliau iaitu Olivier Giroud.

Bagi Giroud, dengan adanya Kante di atas padang Perancis seperti beraksi dengan 12 pemain dalam satu perlawanan.

“Anda akan nampak Kante itu berada di mana-mana saja di padang.”

“Tiba-tiba anda akan saksikan beliau berada di posisi pertahanan kiri bersama Lucas Hernandez, tiba-tiba dia pergi jatuhkan badan buat bentesan pula.”

Kante setakat ini telah memberikan impak yang cukup baik kepada pasukan Perancis sepanjang aksi beliau di Piala Dunia.

Dari 4 perlawanan yang disertai beliau, beliau langsung tidak melakukan sebarang kesilapan yang mendorong kepada gol oleh pihak lawan.

Apa yang menariknya, beliau merupakan pemain tengah bertahan yang cukup berdisiplin. Beliau belum pun mengutip sebarang kad kuning mahu pun kad merah!

Kante dan Perancis akan beraksi di suku akhir dengan juara 1998 itu akan beraksi menentang juara 2 kali – Uruguay.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN