Kane Punyai Potensi Untuk Jadi Salah Seorang Yang Terbaik Di Dunia – Hugo Lloris

Hugo Lloris

Penjaga gol Tottenham Hotspur, Hugo Lloris beranggapan bahawa rakan sepasukannya, Harry Kane mampu untuk menjadi salah seorang pemain terbaik di dunia walaupun pemain antarabangsa England itu belum mencapai tahap seperti Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Kane terus menemui sentuhan jaringannya apabila berjaya menghasilkan hatrik pada perlawanan Liga Juara-Juara Eropah pada Selasa lalu menentang APOEL bagi mencetak 5 jaringan beliau dalam saingan Eropah musim ini.

Penyerang berusia 24 tahun tersebut telah dibandingkan dengan dua superstar yang beraksi di Sepanyol itu, dua nama yang cukup digeruni dalam kancah bola sepak dunia ketika ini.

Lloris tidak mahu untuk meletakkan rakan sepasukannya itu sebaris dengan Ronaldo dan Messi, namun penjaga gol utama Perancis itu percaya Kane mempunyai kredibiliti untuk menjadi antara yang terbaik.

NICOSIA, CYPRUS – SEPTEMBER 26: Harry Kane of Tottenham Hotspur shoots during the UEFA Champions League Group H match between Apoel Nicosia and Tottenham Hotspur at GSP Stadium on September 26, 2017 in Nicosia, Cyprus. (Photo by Clive Rose/Getty Images)

”Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi adalah dari ‘galaksi yang lain’ tetapi Harry Kane mampu menjadi antara pemain terbaik di dunia,” kata Lloris.

”Saya tidak bimbang, dia (Kane) seorang yang sangat tenang, bekerja dengan sangat keras dan sangat bercita-cita tinggi.”

”Itu adalah sangat penting dalam bola sepak. Jika anda kehilangan impian peribadi ia akan menyukarkan anda.”

Kane telah menjaringkan sembilan gol dalam lapan perlawanan bagi semua pertandingan musim ini untuk mengetuai pasukan Mauricio Pochettino itu.

Lloris tidak mahu membandingkan Kane dengan Ronaldo dan Messi, penjaga gol itu berkata penyerang berkenaan sangat penting buat Spurs sama seperti duo tersebut kerana kedua-dua mereka adalah tonggak bagi kelab masing-masing.

“Dia pemain utama kami,” katanya lagi.

“Sama seperti di pasukan ternama seperti Real Madrid yang mempunyai Ronaldo, di Barca, anda mempunyai Messi, ketika ditanya adakah Harry Kane merupakan ‘Ronaldo bagi Tottenham’ ? Lloris tanpa berselindung menjawab. Tidak, dia adalah Harry Kane.

Sumber :

Goal (2017) – http://www.goal.com/en-my/news/harry-kane-not-ronaldo-messi-level-yet-lloris-tottenham/1w0ab0jpqnh931iusnyep4ckcn

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN